Followers

Wednesday, December 2, 2015

Semalam kau tidur lena kemudian kau jaga.

Siapa yang mula-mula yang kau terbayang...teringat-ingat...maka dia yang paling engkau sayang.

Jika semalam air mata kau gugur lantaran rindu...mungkin ia isyarat kau juga sedang dirindu.

Boleh jadi yang mengasihi kamu hanya tiga,boleh jadi dua atau hanya satu. Maka cintailah yang satu itu dengan sepenuh kasih.

Kerana berdirinya kau hari ini dengan penuh gagah dan siaga bukan kerana kakimu yang utuh bukan jua kerana hatimu yang teguh...tapi kerana kasih.

'diufuk senja'

-lb-

Wednesday, January 22, 2014

'Kek Indulgent dan Milk Shake'

Photo




Kek Indulgent tak luak-luak. Milk shake tadinya berasap-asap mula hilang dingin. Hanya dihidang cantik diatas pinggan. Jeda diantara mereka berdua masih panjang.  Firman menarik tangan memeluk tubuh. Syahdan memandang ke seberang jalan. Masing-masing fikiran menerawang entah kemana. Pada timbunan plan pembinaan?, rasanya projek terdekat semua sudah siap. Hendak fikirkan plan yang perlu dihantar hujung bulan rasanya tidak perlu. Buat penat otak saja lainlah waktu sekarang ni duduk menghadap timbunan plan. Hari ini saja banyak kerja kena buat, cuci baju, beli roti, update blog.Letih!

" Bila kita tidak punya, kita suka cemburu dan bertindak melulu...." Suasana sunyi mula berbunyi.

........
Satu fail melayang betul-betul berhenti dihujung kaki. Langkah terhenti. Mulut terkunci. 

Sedikit kasar pintu ditolak dari luar. 

" Mal kau tol..."

Kepala terasa kayu tidak mampu berpaling melihat siapa gerangan tapi dari suara dia tahu itu Syahdan.

"Eh, Mi kenapa ni?" Itu soalan yang sama ingin ditanya.

"Kau tanyalah dia?!" Kasar bunyi nada suaranya. Kepala dipaling memandang raut wajah yang kaku terpacak. Fail dihujung kaki Shima diambil. Dia kenal siapa Shima, gadis baik dan dedikasi serta disiplin tinggi. Kenapa Syamin mengamuk sakan dia perlu ambil tahu. Fail ini mungkin ada jawapan.

Lakaran hiasan dalaman.. Cantik!. Kombinasi warna menarik. Dari satu helai ke satu helai dia belek. Laporan NurSahimah Indris. Dia selak lagi, gambar sama, warna sama, sebiji tanpa ada unsur edit. Laporan Puteri Intan Mansor. Eh! ni apa dah jadi.

"Kau nak kata Shima curi idea Intan?" Tenang Syahdan menyoal. Syamin diam,tapi dari raut wajah menunjukkan jawapan.

"Kau dah siasat?" Satu lagi soalan dilontarkan.

"Intan hantar dulu laporan ini sebelum Syamin. Nampak sangat dia tiru." Shimah di tengah bilik dikerling tajam.

"Heh..." Syahdan senyum sini. "Kau lupa ke Mi?"

"Lupa apa?" Mukanya masih merah kesan marah yang masih bersisa.

"Minggu lepas Shima bagi tahukan pen drive dia hilang dan dalam tu ada laporan Bina Holding?." Dia berjeda, mencari riak wajah Syamin. "dan kau percaya Shima buat macam tu, kita dah kawan lama. Cukup lama Mi tak kan itu pun kau dah lupa."

Muka Syamin pijar. Muka diraup kasar. Rambut garu berulang-ulang kali. Habis kusut rambut yang tadinya kemas bersikat.

"Astafirullah.... Shima maafkan aku" Shima didekati. Riak bersalah benar-benar terpamer.

Shima senyum segaris. Benar-benar menghiris hati.

" Aku tak marah kau tak percaya aku, cuma aku terkilan cara kau menghukum. Kau hilang adab dengan biadab. Aku keluar dulu, jangan risau macam dulu-dulu aku tetap maafkan kau."

Syamin terkunci kata. Syahdan tidak mampu membuka bicara.

Terbayang-bayang bagaimana dulu Intan perna mencuri hasil assignment milik Shima kerna cemburu kerana setiap tahun Shima menyandang list dekan. 

Terbayang-bayang penolakan Shima akan perasaannya bila dia memilih Firman berbanding dia. Dia kalah dengan emosi.

Firman biar hanya mendengar dia tahu keseluruhan storyline. 

----
" Bila kita tidak punya, kita suka cemburu dan bertindak melulu...." Suasana sunyi mula berbunyi. " lumrah manusia yang sukar benar untuk bersyukur." Syahdan memecahkan bening.

"Mungkin Shamin lupa yang dia perna bagitahu dulu ' sedangkan assignment pun ada rujukan, nota kaki bagai tak kan berkaitan kehidupan main rebat kabar angin tanpa usul. Dan Intan juga lupa barangkali dengan tagline yang dia selalu pegang 'hak aku milik aku jangan cuba-cuba ambil tanpa izin."

Syahdan mengiakan dalam diam. Ya perkataan 'insan' itu sendiri bermaksud lupa,alpa. Kita seringkali lupa apa yang perna kita ucapkan dulu. Lupa apa yang perna diperingatkan dulu. Dulu-dulu yang sentiasa baru sehingga kini. Milk shack disedut perlahan. Sedikit tawar bila ais kesemuanya sudah cair. Menghukum best, cuba tengok bila kita yang dihukum. Aku respek dengan Shima tidak melatah bila disergah. Syaitan disisinya mennagis hiba, malaikat disampingnya mencatat hebat. Bagaimana pula yang berdiri dikanan dan kiri Shamin?.

'Kek Indulgent dan Milk Shake'
BitaraBiru
21 Jan 2014

Thursday, November 7, 2013

Kata mereka...nak berubah perlu hijrah...

_Hijrah Jiwa_




“Saya rindu akak sebagai Raidatul Raudah” Pergerakanku pegun. Senyumanku kaku dibibir. Kata-kata itu menghiris tepat kejantungku. Perlahan aku melepaskan nafas yang menghimpit didada. Pelukannya aku lepaskan perlahan. Senyuman aku paksa untuk bertahan.

“ Doakan akak ya” Ujarku perlahan tanpa banyak bicara. Aku atur gerak bersalam pula dengan adik-adik yang lain. Namun kata-kata itu berbekas dihati. 

‘Sesungguhnya iman yang berada dihati kamu menjadi lusuh seperti mana lusushnya pakaian. Oleh itu, mohonlah dari Allah Ta’ala supaya Dia membaharui iman di dalam hati kamu’

(Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Hakim)

“Saya bagi contoh, kalau ada dikalangan kamu ini menimbulkan masalah yang mencemar nama baik kita adakah kita perlu bawa dia bersama dalam perjuangan kita atau kita tinggalkan” Soalan abang senior seakan menempelak diri. Sahabat-sahabat yang lain melihat kekanan dan kekiri mencari kata-kata membidas hujah.

“Bagi saya kita patut tinggalkan bagi mereka yang lemah imannya yang boleh menyebabkan perjuangan kita terbantut. Seperti Sultan Al-Fateh dia hanya memilih tentera yang hebat agamanya menawan kota Konstantinopel.” Ujar seorang sahabat penuh bersemangat dan pandangannya dilirikan kearahku.

Aku yang duduk dibahagian tengah mula resah. Entah kenapa, ini bukan pertemuan yang pertama didedahkan dengan perbincangan agama seperti ini mulanya membuatkan aku gusar akan kelayakan diri. Aku jauh sekali dari keluarga dari ‘golongan agama’ yang masih pincang dan teraba-raba. Aku tidak salahkan hujah yang dinyatakan. Kerna kisah itu juga pernah aku baca. Kejayaan yang diperolehi kerana mempunyai sebaik-baik pemimpin,sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat yang berpegang teguh pada Allah yang mana tika itu pemimpinya menghatar para ilmuan untuk mendidik rakyatnya,

Aku pernah suarakan hajat mohon pertolongan namun yang aku dikecam tentang neraka dan syurga. Aku tahu benar tentang itu Cuma aku mohon tunjuk jalan dan pimpin. Corak hidup kita berbeza namun dalam jahil-jahil aku, aku tidak pernah diajar untuk mengunakan sesuatu untuk batu loncatan. Bila aku suarakan pertanyaan, kata mereka

“Kamu masih belum faham” Seiring itu mula ada langau yang membingit ditelinga meragut ketenagan telinga. Bersoksek-soksek menyatakan itu dan ini.

“Apa yang saya tak faham?”Soalku mohon kepastian namun aku diberikan hujah tanpa aku fahami. 

Aku musykil kerana tersisi lantaran kurang mengerti. Perna rasa perasaan umpama melukut ditepi gantang. Datang tidak menambah pergi tidak mengurang?. 

Lalu aku mula undur diri. Terukkan sikap cepat mengalah. Aku hanya pinta penjelasan dan pemahaman bantuan dan pertolongan. Mohon sedikit ruang untuk ajar aku yang buta ilmu. Tapi...hem...


Cuma aku tertanya-tanya lagi. Aku pernah terbaca sabda Baginda.

Bandingkan orang-orang mu’min dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggota mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasa sakit’
(Riwayat Muslim)

Lalu mana aplikasi ini? Ya mungkin aplikasi ini bagi mereka yang sudah lama berkecimpung yang penuh didadanya dengan ilmu dan untuk aku? Mungkin tidak ada. Lalu aku pilih untuk undur diri mungkin aku tidak layak untuk duduk dikalangan mereka yang hebat-hebat.



Ketika aku sedih terpuruk sendiri aku diingatkan tentang satu doa.

“Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadat kepada-Mu”

Kesilapan masa lalu kini tidak mampu diubah. Namun masa depan lantaran kesilapan mampu dirubah dengan usaha pada sisa waktu yang masih berbaki. Peluang itu sentiasa ada, Cuma persoalannya mahu dengan tidak saja. 

Kisah hidup saya buka disulam dengan cerita bahagia dan bukan juga ujian yang tinggi melangit hingga mampu mengangkat martabat diri kerna diri kurangnya tarbiah. Hidup ini banyak dicalar dengan silapnya perhitungan. Yang bila dikenang seakan kebas muka menahan malu. Namun perjalanan masih perlu ditempuh.

Pada lewat usiaku terkadang malu datang bertandang. Usia yang telah besar angkanya masih belajar pada tahap kanak-kanak sekolah rendah. Banyak yang tidak tahu. Bila diselak cara ilmu diraih dulu patut lah tidak lekat. Yang dicari hanya kulit pada jumlah bintang pada hujung buku dan juga segulung kertas dengan susunan huruf menilai prestasi.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’



 (Surah Ali'Imran 3:31)

 
....

Aku keliru dalam banyak hal

Buntu dalam banyak perkara

Kemudian aku bertanya

Pada mereka yang katanya yang tinggi ‘agama’



Kata mereka mahu berubah… Perlu Hijrah

Maka aku turuti

Alkisahnya tidak kemana

Kerna hijrahku kosong tanpa ‘istiqomah’



Kata mereka lagi hidup perlu Ibadah!!

Lalu aku laksana

Namun aku curiga

Hati aku resah dipalu gelisah

Rupanya ibadahku  gersang  tanpa ‘jiwa’



Aku teraba-raba lantaran kata manusia

Kata mereka

Aku derhaka…layak ke neraka!!

Kata mereka lagi aku pencemar agama




Lalu aku terperuk berhati rawan

Menangis hiba tidak kemana

Rupanya aku lupa tentang satu hal

Tetapkan niat dan segerakan taubat



Hidup usah umpama lagu bangau oh bangau

Semua bersalah hingga lupa jari hala kemuka

Hidup pula jangan jadi seperti talam yang bermuka-muka

Apatah lagi menjadi langau  menambah sisa di sampah



Pesanan Allah dari awal mula

Telah diwahyukan kepada manusia untuk manusia

Berpegang teguhlah kepada tali Allah

Mohon dilindungi daripada bisikan syaitan

Yang membisikan kejahatan pada dada manusia

Daripada golongan jin dan manusia

 _Hijrah Jiwa_

....

Cuma dari mana perubahan ini perlu dimulai...

‘Tetapkan niat dan segerakanlah bertaubat…Ayuh hijrah dengan istiqomah dengan ibadat yang getarnya dijiwa…tujuannya hanya satu memburu redah dan rahmat Ilahi…


"Hidup ini tidak lama..ayuh lestarikan hidup yang lebih bermakna. Lepaskan bebas kisah semalam yang menjeruk rasa dan merantai langkah. Ada yang perlu diubah. Ada yang perlu ditinggalkan. Jika tiba masanya janji Allah pasti datang. Untuk bersama-sama orang yang hebat maka diri perlu hebat. Dari dalaman dan juga luaran. Jangan mudah jiwa dipangkas dengan bisikan-bisikan jiwa yang rapuh, yang terlalu mudah mengaku kalah"


BitaraBiru::...

Sunday, November 3, 2013

Singkap Kenangan Lama...

Rupanya usia terlalu cepat meningkat seiring cepatnya berganjanknya waktu. Semalam... Seronok hadir je majlis Perkahwinan kawan lama. Kawan satu kelas masa SPM dulu. Kisah lama tersingkap. Hanya tawa dan senyum menyambut kisah. Biarkan saja ia berlalu. Rasanya terlalu cukup dewasa untuk melatah pada kisah yang sudah 'case  close'. Kan...kan... :) 

Dia sudah memulakan hidup baru, Alhamdulilllah kerana aku telah lama berganjak seiring waktu. Keputusan yang telah lama diputuskan rupanya baru kini nampak hasilnya. Cukup lama baru hikmah terbuka.Direntang didepan mata. Hati tertanya andai dulu aku terima dan akhirnya bukan berpihak padaku pasti aku bukan berada disini. Mesti aku kelat hati pijar jiwa melihat 'mereka' dengan bertemakan warna kesukaanku. Tentu juga aku tak mampu menyambut lawak teman-teman lama yang raja mengusik malam semalam. 

"Zah segak la c.... kau tak rasa ke zah" Aku sengeh panjang. Senyum tanpa sandiwara.

"Salam lama sikit dengan yang pakai spake tu" Gurauan atas pelamin yang bagiku agak kurang wajar.
" Aku nak si zah berdiri disebelah aku" Katanya lagi.

"Aku kena berdiri dimana ni" Usikku mencari riak wajah mereka. Nak sangat kan timbulkan isu scandal ni. (Bila fikir balik rasa macam teruk pula- dah buat baru fikir)

Dia yang melatah diatas singahsana menjetik tawa ramai. Jelas riak terkejut apabila matanya mengkap susuk diri yang betul-betul berada dibahagian tengah kerusi berhadapan dengannya. Aku tundukkan sedikit kepala tanda salam. Datang tanda meraih saat syaitan bermuram hiba.

"Tahniah dan semoga bahagia" Ujarku dibibir dan bicaraku dihati  "Limpahkan sejahtera keatas pasangan ini dalam menempuh penyempuranaan iman dan takwa dalam mencari keredaan-MU. Amin"

“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…”
 – Ustaz A.Ubadillah Alias

Mujahid Muda's photo.

 ...
" Zah...aku...aku... nak minta pendapat kau" Jarinya diketuk-ketuk pada palang besi diluar koridor kelas. Mungkin menghilang gusar barangkali.

" Apa dia?" Pandanganku masih aku tala kehadapan. Langsung tidak menoleh memandang dia yang berada disebelahku. Namun dari nada suaranya sudah jelas kegalauan yang dirasainya.

"Aku tak tahu la, semalam aku gaduh dengan ayah aku. Dia larang aku keluar. Dia sampai rantai kaki aku ni. Aku keluar juga aku lilit besi tu dekat betis, Aku pakai seluar besar ala hip hop tu. Aku nak bebas zah, aku nak juga macam kawan-kawan kita yang lain."

Pandaganku masih lagi sama,lurus kehadapan. Memandang arah kelas yang bertentangan dengan kelas kami. Pelajar tingkatan dua yang tekun dalam sesi pembelajaran dan pembelajaran. Ya dari kecil anak-anak disogok dengan perkataan' Belajar rajin-rajin, masuk U, dapat kerja yang bagus-bagus'. Arh kitaran hidup anak-anak biasa bila mana tidak mengikut kitaran maka dikatakan hidup tiada masa depan. Mana nilai ilmu hanya pada kertas dengan butir-butir huruf  A + A + A saja yang diharap.

Teringat satu idologi bila mana, binatang hutan dikupul. Terdiri daripada gajah, ular, Ikan, Kucing, Monyet dan burung. Arahannya mudah ' siapa yang dapat memanjat pokok dikira berjaya'. Musykil bukan?. Bila mana konsep sama rata membelakangi kongsep keadilan.

Aku tarik nafas panjang.

" Ayah kau kerja apa?" Soalku.

"Kerja sendiri" Jawabnya pendek.

"Owh.. pernah kau tolong dia?" Soalku namun tiada jawapan yang aku terima.

" Kau anak sulung kan?..." Aku meneruskan kata tanpa perlukan jawapan dari dia.

"Ayah kau salah, berharap sesuatu dari kau. Anak-anak patut dibelai dituruti semua kemahuan. Dia silap sedab larang kau keluar buang masa. Patut dia biarkan saja. Kerja sekolah datang kelas baru siapkan. Tiru ala perkara biasa budak sekolah kan?. Aku pun buat macam tu juga. Kawan-kawan kita pun macam tu. Tak dah hal lah." Aku berjedah seketika, dia yang ku kerling sekilas mula berubah riak.

" Harapan orang tua, apalah sangat. Diorang hanya tahu kerja dan kerja tanpa ada masa buat mendengar rintihan anak-anak betulkan?" Nada ku masih sama mendatar. 

Bunyi tangisan  menyapa gegendang telinga.
"Terima Kasih zah" Suaranya tengelam timbul antara dengar dengan tidak.

" Ayah kau tak nak apa-apa dari kau, sesen pun tidak. Cuma dia harap kau berjaya itu sudah cukup membalas jerih perit dia selama ini." 

...
Singkap kenangan lama... Andai bijak mampu cuit bahagia...jika tersilap bisa jentik hati yang pernah terluka. 

Friday, October 25, 2013

Ingin jadi permata tapi usaha umpama kaca....


#warnapagi | Assalamualaikum daripada Suffian Amrin untuk sahabat pendengar yang budiman. Semoga Allah kurniakan cahaya hidayah berkekalan dalam hati dan hari yang kita lalui.
#akucintaALLAH
Titik Punca



Tangan lancar mencari-cari nama di senarai kenalan di telefon.
'Fatin'

"Uhu~  Assalamualaikum dik" Sudah jadi tabiat perkataan 'uhu' mendahului prakata.
Fatin tergelak dihujung corong sebelum menyambut salam.

"Ni dik, library negeri tu buka lagi ke atau dah pindah?. Em.. library yang bagi tahu hari tu dekat Suria tingkat berapa ya?"Soalku panjang.

"Buka lah kak, tempat hari tu kita hantar Ana tapi seberang jalan. Yang di Suria tu tingkat empat. Kenapa kak?"

"Owh...kak nak cari ilham memenuhi permintaan orang" jelasku sambil tergelak kecil. Tabiatku bila berbual dengan Fatin bagiku dia budak comel namun ada sikap tegas yang sukar disanggah.

"Bestnya kak jadi tempat rujukan. Saya pun nak juga la kak cari akak jadi tempat sandaran" Ulasnya bersahaja dan boleh jadi ada makna.

Pengakhiran perbualan aku simpul dengan salam.
 
Namun kata-katanya membuahkan resah dihati. Tempat rujukan, luahan dan jadi tempat sandaran?.

Hem...


Lalu malam itu satu lagi panggilan dibuat.

" Assalamualaikum" Sapaanya dihujung talian sudah mampu membuatkan aku tersenyum.

'Uhu~ Walikumsalam" Nada suara dilirik-lirik memancing tawa insan dihujung sana.

"Ha! apa cerita"

Ketawa ku ikut pecah. "Tahu je kan?"

"Tahu la kita kan kembar"

"Non..." Namanya aku sebut dengan penuh sayu untuk pengisahan hati diruntun pilu.

 " Kalau kau kenal diri kau macam aku kenal kau mesti kau faham apa yang aku bangga mempunyai kawan seperti kau ni. Ingat dulu, masa aku lupa dunia, bila kawan-kawan yang lain kata berlapik-lapik menjaga hati. Kau sorang je tegur aku dengan ayat berapi-api kau tu kalau tidak aku bukan jadi macam sekarang ni. Kau yang sedarkan aku. Kau bukan tidak boleh tapi kau terlalu mendesak apa yang kau suka untuk kau capai. Kau tu kalau dibuang dimana-mana mampu sesuaikan diri sebab itu diri kau sebenar" Nasihatnya panjang.

Aku tarik nafas dalam-dalam meraih kekuatan. Dan kepala terangguk-angguk memahami huruf-huruf bercantum menjadi kata dan akhirnya perkataan yang dicerna diminda.

 Jika orang mengatakan dibelakang seorang lelaki tertegaknya seorang wanita yang mendukung dan menyokong.Bagiku sisi seorang wanita mempunyai kawan yang sedia mendampingi dan saling memberi kekuatan. Bahu membahu dan saling berpimpin tangan.

Jarak kami jauh berbatu. Alam dewasa memisahkan kami. Namun degan sebut namanya dengan lirik... dia mampu memahaminya.

....

'Rock steady.. Kau 'up' perlahan-lahan. Jangan gelojoh-gelojoh.... Kang comot.. Biaq pi haluih-haluih... sabaq itu indah..Buahnya ranum dan manis...tak gitu?'

Mesej yang baru diterimanya itu membuatkan dia tersenyum segaris. Namun tidak lama. Gusar!! Tapi puncanya dia sendiri kurang tahu.

'Hi, I saw your resume & wid like to offer u a position as Unit Trust Consultant. Pls come to understand d job details tomorrow, friday 1 pm at P***** ****** office. Angency manager P***** M***** bhd a subsidiary of P***** Bank Group'

Pesanan ringakas ini yang diterimanya pagi tadi tapi bila dipastikan hatinya bukan itu yang mengusakannya. Menghadiri temuduga seakan sudah lali. bimbang tetap ada tapi bukan seperti ini lagaknya.

 Esoknya tepat jam 1PM seperti yang dijanjikan, resah itu terjawab.

Patutlah tiada temuduga. Kaki diatur meniggalkan bilik yang berhawa dingin membawa hati yang boleh kata sudah lega mengusir resah yang entah kenapa bisa berputik pada dasar hati yang basah dengan persoalan.

....

Situasi-situasi dalam hidup terkadang tidak terjangka. Kesannya terkadang bukan terlihat pada hari ini namun bisa menghabat cerita masa depan. Kekeliruan jujur sedang menjengah diri. Persoalan-persoalan meracuni hati yang gusar memikirkan nasib diri.

" Aku nak jadi apa ni?!" Aku membentak keras pada diri sendiri.

Meja kerja ditinggalkan, berdiri membuang resah. 'Progress report' terbengkalai lantaran gagal diri memacu hati.

Rupanya diri tidak segagah mana. Terkadang diri menjadi tempat luahan masalah ini bukannya apa-apa. Sendiri dipalu dikecamuk konflik dalaman lantaran kurangnya redha.

Aku sendiri lupa barangkali ayat yang pernah aku katakan pada diri. Ya barangkali aku lupa...

' Masalah yang terbesar bukan apa yang berlaku pada diriku... tapi apa yang berlaku pada hatiku'

Ya benar semuanya soal hati. Bak kata Pahrol Mohd Juoi. 

....

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Allah tidak memandang rupa lahir kamu dan harta kekayaan kamu tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim dan Ahmad).

Jalan hidup yang compang-camping lantaran kurangnya redha ada besar kemungkinan ada kaitan dengan hati dan amalan sehari-hari. Perjalanan redha itu mungkin perjalanan yang tertinggi. Usah terlalu kepalang akal hingga lupa tawakal.

Hidup ini seharusnya disedari sebuah perjalanan yang sementara. Usah terlalu dikejar bahagia dihujung jalan sehingga lupa sebenarnya bahagia itu ada disepanjang jalan. Rugi rasnya jika cakupan akal dipenjara dengan ikatan emosi yang sering kali gagal dipacu. Seharusnya hati bersih itu dijadikan mercu menyulu jalan-jalan yang penuh berliku.

Namun cukupkah hanya sekadar tahu?

Resah, gusar, gelisah itu bagaimana mampu diusir pergi jika sekadar berpangku tangan dan berangan-angan. Hentikan keluhan-keluhan yang tidak bawa kemana. Cari jalan biar lelah yang menghambat diri dari sesal yang tiada sudah.

....
 

 Biar tidak mampu mengapai bintang
Mahupun menjadi permata dibatuan
Cukuplah menjadi raja berdaulat
Pada kerajaan hati sendiri
 

Ingin jadi permata tapi usaha umpama kaca...usah lagaknya sebegitu. 

BitaraBiru::..Dihenyak keliru?... namun ada yang diburu..lalu apa yang perlu ditunggu?...ayuh bangkit teruskan meyelusur...:::