Followers

Friday, March 23, 2012

~```Bila Mana Beduk Berbunyi```~


Hati kecilku
Terlalu rapuh dindingnya
Tidak kukuh binaanya
Lantaran dosa-dosa semalam
tetapi itu tidak bermakna
Bilamana bayu kasar berhembus
Roboh dan runtuh benteng pemisah
kerana makin kuat pukulan badai
Akan aku membina tembok
Umpama  kukuhnya gerbang umpama zaman dahulu kala
Terbina gagah acuan tanah liat
Nampak kukuh hingga kini masih tersisa
Setiap binaan
Tak mustahai tiada retaknya
Akan ku tanpal penuh gigih
Setelah terlutut tamparan duka
kerana hati ini binaanya bukan dari batu
Tetapi dari tanah yang mudah di bentuk
Tapi rangkanya terlalu sempurna



Saturday, March 17, 2012

~```ku harap keterasingan itu pergi jauh2 dan jangan pernah datang lagi!!!```~


Dalam aku bertebaran di bumi bertuah ini
belum pernah perasaan itu mengigit jiwa
terasa bagai gunting dalam lipatan
yang membara memakan diri

Di bumi kelahiranku
negeri di bawah bayu
biar kata mereka engkau negeri yang banyak pincangnya
tapi aku berbangga lahirku di situ
persekitaranku membuatkan aku memandang dari sudut berbeza
dimana tidak pernah di ajar
umpama baling batu sorok tangan
bersuaralah andai engkau rasakan engkau benar
dan andai mula wujud garis-garis perpecahan lantaran perbezaan
maka berdiamlah kerana perbalahan bukan titik muafakat

dan di antara kami bersahabat
masing-masing ada kelebihan
belum perna aku terasa terhiris
tapi di sini aku terasa
kerana mereka tidak perna mendabik dada walaupun dalam senyap

aduhai
kembara yang tidak sejauh mana
di sini mereka bijak bersandiwara
umpama menarik rambut dalam tepung
rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak
bila engkau bersuara meluah rasa
tampaknya
mereka menunding jari kepadamu
alahai
bertapa bijaknya engkau berlakon drama
yang engkau juga pengaranya
mana mungkin akan terwujud cela

ku harapkan ini coretanku yang terakhirnya berkisar rasa hati akibat di perdajalkan mu
memang jauh perjalanan luas pemandangan
di situ engkau boleh belajar rentak manusia
berpandagan sinis penuh curiga
memanfaatkanmu utk bermain sketsa
dan bila ada kesilapan
maka engakau yang terpalit
dan dia tetap tersenyum simpul
sopan tanpa bersalah
dan kau terus di labelkan terlalu banyak berkata-kata,berhujah dan membela
dan sekali lagi engkau gagal dalam undang-undang dunia
pernakah undang-undang manusia melakukan membela atas perasaan manusia
terkilannya dalam diam
dikhianati atas sebuah kejujuran
yang selama ini di simpan padu

:::>...salam sejahtera untukmu semoga engkau tidak perna terjebak dalam perasaan ini..kerana ia umpama menelan hempedu walaupun pada pandangan mata kasar engkau sedang menikmati madu..<:::

_aku rindu sayang kamu...luahan rasa...sampai bila tidak akan ada penamatnya

Thursday, March 8, 2012

kehidupan

~```Duk selah-selah helayan buku..terjumpa kata-kata ini```~

:::>...Begitulah kehidupan
Bagaimana susahpun kita
kalau kita lalui kehidupan ini dengan perasaan gembira dan menghargainya
kita tidak akan pernah mengeluh akan kesusahan itu...<:::

_aku rindu sayang kamu..seakan teguran pantas menerpa saat hatiku tercabar atas sebuah kesabaran yang dituntut(-_-,)_

~```Indah...```~


Cukup indah
bintang tergantung satu-satu di dada langit
andai bijak mentafsir
melarikan kekaburan
pasti mampu melihat
rangkai buruj penunjuk arah
kelam kabus lautan dunia

~```ujian yang mendatang```~



Allah tidak menjanjikan
hari-hari yang kita tempuhi tanpa di duga

Allah juga tidak menjanjikan
matahari akan terus bersinar

Allah juga tidak perna berjanji
hujan tidak akan turun di siang hari

tetapi

Allah berjanji kekuatan dan ketabahan hati buat kita semua
Allah telah menetapkan tiap ganjaran ke atasnya

:::>...Terkadang kita benda yang kita sayang jarang ingin kita lepaskan...<:::

'khas buat dirinya..biasan dari mereka'


 
~```Dalam riuh rendah dan dalam derai hujan membasahi bumi sintok```~

pandanganku jauh menikam
deraian hujan
tengelam dalam keriuhan
derai tawa sahabat bergema
pada wajah2 mereka
terbias senyumanya
semakin ku ketahu kini
mengapa dalam hatinya ada sayang buat mereka
dalam riuhnya ada kasih yang di lontar
dalam batas yang terjaga ada keakraban yang tersulam

dalam senyum mereka
ku lihat biasan wajahmu
dalam gelak tawa mereka
ku terdengar usikanmu
dalam kelincahan mereka
ku lihat keletahmu
dalam kemesraan mereka
sama-sama melindungi
sama-sama memayungi
andai ada yang bertanya berpadu bagai mana
lihat ukuwah mereka
jangan di nilai mereka hanya dari sudut pandangan kasar
kerana mereka tidak pernah di ajar
menjadi punca perpecahan

nukilan:khas buat dirinya..biasan dari mereka

7 mac 2012..setelah hampir 4 bulan engkau kembali ke balik papan

_aku rindu sayang kamu..kasih sepantun tulisan sepinggan_

:::>...sungguh seakan hujan membawa perkhabaran rindu...<:::