Followers

Friday, March 23, 2012

~```Bila Mana Beduk Berbunyi```~


Hati kecilku
Terlalu rapuh dindingnya
Tidak kukuh binaanya
Lantaran dosa-dosa semalam
tetapi itu tidak bermakna
Bilamana bayu kasar berhembus
Roboh dan runtuh benteng pemisah
kerana makin kuat pukulan badai
Akan aku membina tembok
Umpama  kukuhnya gerbang umpama zaman dahulu kala
Terbina gagah acuan tanah liat
Nampak kukuh hingga kini masih tersisa
Setiap binaan
Tak mustahai tiada retaknya
Akan ku tanpal penuh gigih
Setelah terlutut tamparan duka
kerana hati ini binaanya bukan dari batu
Tetapi dari tanah yang mudah di bentuk
Tapi rangkanya terlalu sempurna



Saturday, March 17, 2012

~```ku harap keterasingan itu pergi jauh2 dan jangan pernah datang lagi!!!```~


Dalam aku bertebaran di bumi bertuah ini
belum pernah perasaan itu mengigit jiwa
terasa bagai gunting dalam lipatan
yang membara memakan diri

Di bumi kelahiranku
negeri di bawah bayu
biar kata mereka engkau negeri yang banyak pincangnya
tapi aku berbangga lahirku di situ
persekitaranku membuatkan aku memandang dari sudut berbeza
dimana tidak pernah di ajar
umpama baling batu sorok tangan
bersuaralah andai engkau rasakan engkau benar
dan andai mula wujud garis-garis perpecahan lantaran perbezaan
maka berdiamlah kerana perbalahan bukan titik muafakat

dan di antara kami bersahabat
masing-masing ada kelebihan
belum perna aku terasa terhiris
tapi di sini aku terasa
kerana mereka tidak perna mendabik dada walaupun dalam senyap

aduhai
kembara yang tidak sejauh mana
di sini mereka bijak bersandiwara
umpama menarik rambut dalam tepung
rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak
bila engkau bersuara meluah rasa
tampaknya
mereka menunding jari kepadamu
alahai
bertapa bijaknya engkau berlakon drama
yang engkau juga pengaranya
mana mungkin akan terwujud cela

ku harapkan ini coretanku yang terakhirnya berkisar rasa hati akibat di perdajalkan mu
memang jauh perjalanan luas pemandangan
di situ engkau boleh belajar rentak manusia
berpandagan sinis penuh curiga
memanfaatkanmu utk bermain sketsa
dan bila ada kesilapan
maka engakau yang terpalit
dan dia tetap tersenyum simpul
sopan tanpa bersalah
dan kau terus di labelkan terlalu banyak berkata-kata,berhujah dan membela
dan sekali lagi engkau gagal dalam undang-undang dunia
pernakah undang-undang manusia melakukan membela atas perasaan manusia
terkilannya dalam diam
dikhianati atas sebuah kejujuran
yang selama ini di simpan padu

:::>...salam sejahtera untukmu semoga engkau tidak perna terjebak dalam perasaan ini..kerana ia umpama menelan hempedu walaupun pada pandangan mata kasar engkau sedang menikmati madu..<:::

_aku rindu sayang kamu...luahan rasa...sampai bila tidak akan ada penamatnya

Thursday, March 8, 2012

kehidupan

~```Duk selah-selah helayan buku..terjumpa kata-kata ini```~

:::>...Begitulah kehidupan
Bagaimana susahpun kita
kalau kita lalui kehidupan ini dengan perasaan gembira dan menghargainya
kita tidak akan pernah mengeluh akan kesusahan itu...<:::

_aku rindu sayang kamu..seakan teguran pantas menerpa saat hatiku tercabar atas sebuah kesabaran yang dituntut(-_-,)_

~```Indah...```~


Cukup indah
bintang tergantung satu-satu di dada langit
andai bijak mentafsir
melarikan kekaburan
pasti mampu melihat
rangkai buruj penunjuk arah
kelam kabus lautan dunia

~```ujian yang mendatang```~



Allah tidak menjanjikan
hari-hari yang kita tempuhi tanpa di duga

Allah juga tidak menjanjikan
matahari akan terus bersinar

Allah juga tidak perna berjanji
hujan tidak akan turun di siang hari

tetapi

Allah berjanji kekuatan dan ketabahan hati buat kita semua
Allah telah menetapkan tiap ganjaran ke atasnya

:::>...Terkadang kita benda yang kita sayang jarang ingin kita lepaskan...<:::

'khas buat dirinya..biasan dari mereka'


 
~```Dalam riuh rendah dan dalam derai hujan membasahi bumi sintok```~

pandanganku jauh menikam
deraian hujan
tengelam dalam keriuhan
derai tawa sahabat bergema
pada wajah2 mereka
terbias senyumanya
semakin ku ketahu kini
mengapa dalam hatinya ada sayang buat mereka
dalam riuhnya ada kasih yang di lontar
dalam batas yang terjaga ada keakraban yang tersulam

dalam senyum mereka
ku lihat biasan wajahmu
dalam gelak tawa mereka
ku terdengar usikanmu
dalam kelincahan mereka
ku lihat keletahmu
dalam kemesraan mereka
sama-sama melindungi
sama-sama memayungi
andai ada yang bertanya berpadu bagai mana
lihat ukuwah mereka
jangan di nilai mereka hanya dari sudut pandangan kasar
kerana mereka tidak pernah di ajar
menjadi punca perpecahan

nukilan:khas buat dirinya..biasan dari mereka

7 mac 2012..setelah hampir 4 bulan engkau kembali ke balik papan

_aku rindu sayang kamu..kasih sepantun tulisan sepinggan_

:::>...sungguh seakan hujan membawa perkhabaran rindu...<:::

Thursday, February 2, 2012

Saat Itu pasti



Pepohon melambai
gugur daun ke bumi
terdampar sepi
tiada siapa yang peduli

kembali itu pasti
langkah terhenti
tiada siapa mampu mengerti
bisikan hati

Tika itu
semua insan terdekat
mula terbina jarak
cinta yang termentrai
akhirnya terlerai
cita yang dikejar
sekadar terhenti di persimpangan

Mungkin
hadir dalam kenangan
memori yang sering di putar
tanpa rasa jemu
atau
tertimbus bersemadi

Ukirkan nisan serangkum syair
keluh adinda kasih tak sampai

_aku rindu sayang kamu_

Wednesday, January 11, 2012

BiSiKan haTi seOraNg tUa



Kelihatan seorang mak cik yang bekerja sebagai claner terbongkok-bongkok sedang membersihkan lantai, kusyuk. Kaki aku yang hendak melangkah terhenti.
"Tak pa nak, jalan la kejap lagi kering la tu" ku sambut bicara tua itu dengan segaris senyuman.
"Tak pe mak cik" jawabku ringkas. Faham bilamana kalau aku teruskan berjalan pasti cop selipar aku mengotorkan lantai yang telah dibersikan. 
Hati ku teruntun sayu, teringat ibu yang jauh di kampung. Rindu sudah berbulan tak balik rumah disebabkan ada kekangan yang tak dapat di elakkan.

        Hati seorang tua, terlalu kejam untuk di sakiti. Bakti yang diukir sepanjang perjalanan hidup kita tidak termampu di bayar oleh wang ringgit. Terlalu mahal kerana suka dan duka mereka selalu di sembunyikan agar kita tidak merasa kesusahan jua. Namun kadang leteran dan bebelan mereka selalu di salah erti. Alahai anak muda, andai kita mampu memahami bisikan nurani mereka pasti kita tidak akan menyakiti mereka biarpun sesaat cuma.

        Terimbau beberapa kenangan bersama golongan tua, yang dalam hati mereka tersimpan seribu satu cerita. Menyimpan 1001 duka dan harapan yang melangit. 

Kisah Pertama.

Alunan bacaan Yassin sayup-sayup kedengaran, ada getaran suara kedengaran. Perkhabaran rindu di alunkan  sangat-sangat meruntun hati. Ada air mata yang bergenang di tubir matanya.
"Mak fikir mak yang pergi dulu, rupanya anak mak yang mendahului mak" Arh...siapa saja yang mendengar kata-kata ini pasti menikam hati. Bukan dirinya tidak pasrah mahupun redha tapi sebenarnya hatinya sedang mealunkan melodi rindu. Dan aku menghitung-hitung, sepanjang berkenalan dengan arwah, aku tahu keakraban arwah dengan orang tuanya sangat mengagumkan, kadang aku juga cemburu melihat kemesraan mereka betapa indah hidup dengan ketaatan kepada ibu bapa. Kerana kita membina kekuatan untuk diri dan impaknya bukan kita sahaja merasainya tapi semua orang yang berada di sekeliling kita. Hebat!!!.
Teringat satu petikan lagu "Redah Allah...redha ibu ayah...kebahagiaan dunia akhirat".

Kisah kedua.

Seorang pak cik berbangsa cina, berjalan dengan langkah perlahan, terketar-ketar menujuh ke kaunter untuk membuat pesanan. Matanya lama membaca menu di hadapnnya. Kemudiaan tangannya melambai-lambai memanggil seseorang. Berlari seorang kanak-kanak perempuan lingkungan umur lapan tahun, bukan budak cina tapi budak melayu. 
"Ayu nak makan apa" tergetar-getar suaranya. kanak-kanak itu hanya menikus dan memadang kosong menu di hadapanya mungkin sahaja disebabkan harganya yang mahal. Bayangkan saja nasi goreng dan tiga ketul ayam  bahagian sayap yang telah dipotong kecil  harganya RM12.90. Kemudian anak kecil itu hanya meminta kentang goreng. Ya, lebih murah dari harga nasi gorang, RM 5.90.
Kelihatan ada kerutan di wajah tua itu. "Ayu nak makan apa saja, cakap. Biar bapa yang bayar. Ayu kena makan nanti lapar". Ahr...sayunya aku mendengar. Seorang lelaki Cina sedang menjaga seorang kanak-kanak Melayu dengan penuh kasih sayang. 
Lelaki tua itu yang dalam lingkungan 70 tahun, bertanya berapa harga bagi makanan yang ada di menu tersebut. Berkali-kali ditanya walaupun sudah di beritahu oleh pelayan tersebut. cukup sabar melayan kerena orang tua itu. Orang muda takkan tak boleh bersabar melayan kerenah orang tua, sedangkan orang tua sabar melayan kerenah kanak-kanak yang banyak menyebalkan. 
kelihatan kanak-kanak itu, menarik hujung baju lelaki tua itu. "bapa cukuplah" mungkin malu kerana orang tua itu sudah berkali-kali bertanya harga bagi makanan yang sama. "Bapa hargai ini 12.90, berapa kali nak tanya!". Aku terpembang, kanak-kanak 8 tahun meninggikan suara pada orang tua berumur 70 tahun. lantas aku tertunduk bisu. 
"Bapa nak Ayu makan kenyang-kenyang, bapa tak nak Ayu lapar". Lantas aku mengigit bibir menahan sendu dan berlalu.


Mungkin saja kita tidak mampu memahami bisikan nurani mereka yang tersembunyi. Tapi cubalah baca rahsia hati mereka daripada gerak dan tingkah mereka. Golongan tua, bukan banyak mahunya tetapi Cuma perhatian, sedikit perhatian daripada anak-anak yang sibuk dengan urusan kerja ataupun keluarga sendiri. Andai terlalu jauh, cukuplah dengan panggilan menjadi pengubat rindu. Setinggi mana duduk kita hari ini bermula dari dua tangan yang berusaha membesarkan dan mendidik kita, kerana kasih kita bahagia, kerana kasih kita di sayangi…kerana semua insan layak bahagia. Kerana bahagia itu pilihan…pilihan kita dan pilihan orang tua kita jua. Orang pertama yang perlu kita sayangi adalah orang tua kita..kerana mereka titik permulaan kita…ingat “Redha Allah… redah ibu ayah…kebahagian dunia akhirat”




Saturday, January 7, 2012

aKu MeRindu paDa pErKhaBaRan SeOraNg SaHabAt(-_-,)


Salam rindu buat sahabat
bertapa hati ini merindu
puas ku pujuk agar bersabar
namun gundanya semakin mewalangkan
mengapa garis keretakan semakin berselerat
puas ku tampal
sekadar lelah yang kudapat
mengapa harus begini

ku lemparakan pandangan
jauh ke langit biru
adakah diriku terlalu ego
mungkin saja

ku palingkan wajah pada aliran sungai yang menenangkan
adalah aku terlalu cepat aku mengalah
mungkin ada benarnya

ku atur langah di bumi bertuah ini
dengan langkah mungkin bergaya
tapi aturanya sering kali pincang
adakah itu puncanya

ku selidiki semula
sepanjang kau bersahabat dengan mu
adakah ia salahku
membawa hati yang terhiris
terlalu mudah melatah degan bisikan hati sendiri
atau kau gagal untuk memahami
perkhabaran diriku

Tabah tak semestinya kuat
tersenyum tak semestinya bahagia
sesungguhnya kau ku rindu
mendengar ceritamu mu
bukan untuk berbangga diriku hebat
tapi cukup merasa yang aku ini dihargai
saat berada di sisimu
bahagia seiringan
bukan sekadar bayang-bayang mengejar jasad
yang tangan tak mungkin sampai untuk mengapai

_aku rindu sayang kamu...adakah masih mampu retak2 ini di tampal semula..sebelum retak menanti belah...mencari haluan...kerana kita bukan sekadar sahabat tetapi  kita bersaudara_

Friday, January 6, 2012

BaHagia ItU piLiHan





      Fahamilah...bahagia itu tidak mampu diukur oleh wang ringgit, tidak mampu dinilai dari senyuman yang diukir, tapi nikmat bahagia itu dapat dirasa melalui hati, bahagia itu suatu ketenangan. Ketenangan itu pula mampu dicari dengan mendekatkan diri pada-Nya. Kita sendiri mampu merasakan kegusaran dalam hati andai hati ini tidak memiliki ketenagan, sesuatu yang kita lakukan seakan tidak memberi kegembiraan kepada hati kita, seakan waktu yang dijalani sehari-hari seakan sia-sia. 

       Perhatikanlah bila kita menghadapi ujian sentiasa melanda dalam hidup kita, tapi percayalah ujian mampu membuatkan kita lebih kuat lebih tabah menghadapi hidup. Cuba selami diri kita, selepas sesuatu ujian yang datang bertandang adakah memberi kesan yang lebih baik. Jika ya, bersyukurlah kerana kita telah berjaya dalam ujian yang diberikan jika sebaliknya berwaspadalah perbaiki semula, berpatah kembalilah. Ramai yang menyatakan aku malu dan mustahil. Percayalah bahagia itu pilihan, dan bahagia itu diperolehi selepas kita berusaha bukan sekadar memasang niat. Oleh itu, carilah kembali jalan untuk memperbaiki diri, jangan pula berfikir kita dah jauh dari rahmat Allah dan beranggapan untuk apa lagi untuk kita bertaubat. Kerana sesungguhnya pintu rahmat Allah itu terbuka untuk hamba-Nya. Persolannya sekarang kita nak ataupun tidak.
 
     Bertebarlah mencari bahagiamu...usah di tipu diri kerana kuncinya dari hati, jalan mencari bahagia mendekatkan diri kepadanya..dengan bagaimana serahkan dirimu kepada Ilahi setelah kau lakukan sesutu perkara dengan bersungguh-sungguh. Andai tersalah langkah, kembali dan perbetulkanlah kerana dengan itu kita berusaha untuk bahagia.