_Hijrah Jiwa_ |
“Saya rindu akak
sebagai Raidatul Raudah” Pergerakanku pegun. Senyumanku kaku dibibir. Kata-kata
itu menghiris tepat kejantungku. Perlahan aku melepaskan nafas yang menghimpit
didada. Pelukannya aku lepaskan perlahan. Senyuman aku paksa untuk bertahan.
“ Doakan akak ya”
Ujarku perlahan tanpa banyak bicara. Aku atur gerak bersalam pula dengan
adik-adik yang lain. Namun kata-kata itu berbekas dihati.
‘Sesungguhnya iman yang
berada dihati kamu menjadi lusuh seperti mana lusushnya pakaian. Oleh itu,
mohonlah dari Allah Ta’ala supaya Dia membaharui iman di dalam hati kamu’
(Diriwayatkan
oleh al-Tabrani dan al-Hakim)
“Saya bagi contoh,
kalau ada dikalangan kamu ini menimbulkan masalah yang mencemar nama baik kita
adakah kita perlu bawa dia bersama dalam perjuangan kita atau kita tinggalkan”
Soalan abang senior seakan menempelak diri. Sahabat-sahabat yang lain melihat
kekanan dan kekiri mencari kata-kata membidas hujah.
“Bagi saya kita patut
tinggalkan bagi mereka yang lemah imannya yang boleh menyebabkan perjuangan
kita terbantut. Seperti Sultan Al-Fateh dia hanya memilih tentera yang hebat agamanya
menawan kota Konstantinopel.” Ujar seorang sahabat penuh bersemangat dan
pandangannya dilirikan kearahku.
Aku yang duduk
dibahagian tengah mula resah. Entah kenapa, ini bukan pertemuan yang pertama
didedahkan dengan perbincangan agama seperti ini mulanya membuatkan aku gusar
akan kelayakan diri. Aku jauh sekali dari keluarga dari ‘golongan agama’ yang
masih pincang dan teraba-raba. Aku tidak salahkan hujah yang dinyatakan. Kerna kisah itu juga pernah aku baca. Kejayaan yang diperolehi kerana mempunyai sebaik-baik pemimpin,sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat yang berpegang teguh pada Allah yang mana tika itu pemimpinya menghatar para ilmuan untuk mendidik rakyatnya,
Aku pernah suarakan
hajat mohon pertolongan namun yang aku dikecam tentang neraka dan syurga. Aku
tahu benar tentang itu Cuma aku mohon tunjuk jalan dan pimpin. Corak hidup kita
berbeza namun dalam jahil-jahil aku, aku tidak pernah diajar untuk mengunakan
sesuatu untuk batu loncatan. Bila aku suarakan pertanyaan, kata mereka
“Kamu masih belum faham”
Seiring itu mula ada langau yang membingit ditelinga meragut ketenagan telinga.
Bersoksek-soksek menyatakan itu dan ini.
“Apa yang saya tak
faham?”Soalku mohon kepastian namun aku diberikan hujah tanpa aku fahami.
Aku musykil kerana
tersisi lantaran kurang mengerti. Perna rasa perasaan umpama melukut ditepi
gantang. Datang tidak menambah pergi tidak mengurang?.
Lalu aku mula undur
diri. Terukkan sikap cepat mengalah. Aku hanya pinta penjelasan dan pemahaman bantuan dan pertolongan. Mohon sedikit ruang untuk ajar aku yang buta ilmu. Tapi...hem...
Bandingkan orang-orang
mu’min dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain
samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggota mengadu sakit maka
seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasa sakit’
(Riwayat Muslim)
Lalu mana aplikasi ini?
Ya mungkin aplikasi ini bagi mereka yang sudah lama berkecimpung yang penuh
didadanya dengan ilmu dan untuk aku? Mungkin tidak ada. Lalu aku pilih untuk
undur diri mungkin aku tidak layak untuk duduk dikalangan mereka yang
hebat-hebat.
Ketika aku sedih terpuruk
sendiri aku diingatkan tentang satu doa.
“Ya Allah, bantulah aku
mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk
memperbaiki ibadat kepada-Mu”
Kesilapan masa lalu
kini tidak mampu diubah. Namun masa depan lantaran kesilapan mampu dirubah
dengan usaha pada sisa waktu yang masih berbaki. Peluang itu sentiasa ada, Cuma
persoalannya mahu dengan tidak saja.
Kisah hidup saya buka disulam dengan
cerita bahagia dan bukan juga ujian yang tinggi melangit hingga mampu
mengangkat martabat diri kerna diri kurangnya tarbiah. Hidup ini banyak dicalar
dengan silapnya perhitungan. Yang bila dikenang seakan kebas muka menahan malu.
Namun perjalanan masih perlu ditempuh.
Pada lewat usiaku
terkadang malu datang bertandang. Usia yang telah besar angkanya masih belajar
pada tahap kanak-kanak sekolah rendah. Banyak yang tidak tahu. Bila diselak
cara ilmu diraih dulu patut lah tidak lekat. Yang dicari hanya kulit pada
jumlah bintang pada hujung buku dan juga segulung kertas dengan susunan huruf
menilai prestasi.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Katakanlah: ‘Jika
kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’
(Surah Ali'Imran 3:31)
....
Aku keliru dalam banyak hal
Buntu dalam banyak perkara
Kemudian aku bertanya
Pada mereka yang katanya yang tinggi ‘agama’
Kata mereka mahu berubah… Perlu Hijrah
Maka aku turuti
Alkisahnya tidak kemana
Kerna hijrahku kosong tanpa ‘istiqomah’
Kata mereka lagi hidup perlu Ibadah!!
Lalu aku laksana
Namun aku curiga
Hati aku resah dipalu gelisah
Rupanya ibadahku
gersang tanpa ‘jiwa’
Aku teraba-raba lantaran kata manusia
Kata mereka
Aku derhaka…layak ke neraka!!
Kata mereka lagi aku pencemar agama
Lalu aku terperuk berhati rawan
Menangis hiba tidak kemana
Rupanya aku lupa tentang satu hal
Tetapkan niat dan segerakan taubat
Hidup usah umpama lagu bangau oh bangau
Semua bersalah hingga lupa jari hala kemuka
Hidup pula jangan jadi seperti talam yang
bermuka-muka
Apatah lagi menjadi langau menambah sisa di sampah
Pesanan Allah dari awal mula
Telah diwahyukan kepada manusia untuk manusia
Berpegang teguhlah kepada tali Allah
Mohon dilindungi daripada bisikan syaitan
Yang membisikan kejahatan pada dada manusia
Daripada golongan jin dan manusia
_Hijrah Jiwa_
....
Cuma dari mana
perubahan ini perlu dimulai...
‘Tetapkan niat dan
segerakanlah bertaubat…Ayuh hijrah dengan istiqomah dengan ibadat yang getarnya
dijiwa…tujuannya hanya satu memburu redah dan rahmat Ilahi…
"Hidup ini tidak lama..ayuh lestarikan hidup yang lebih bermakna. Lepaskan bebas kisah semalam yang menjeruk rasa dan merantai langkah. Ada yang perlu diubah. Ada yang perlu ditinggalkan. Jika tiba masanya janji Allah pasti datang. Untuk bersama-sama orang yang hebat maka diri perlu hebat. Dari dalaman dan juga luaran. Jangan mudah jiwa dipangkas dengan bisikan-bisikan jiwa yang rapuh, yang terlalu mudah mengaku kalah"
BitaraBiru::...
saya suka sangat baca sajak tu.
ReplyDeletethanks deq..
ReplyDelete