Followers

Tuesday, September 24, 2013

I can't let you go. It's hurts...


Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati


Suis radio ditekan geram, serta merta lagu yang berkemundang senyap.  Lagu yang baru didengarnya seakan mengejek, menempelak. Dia melepaskan nafas berat. Mukanya diraup beberapa kali. Jelas menunjukan keserabutan jiwa dan perasaanya.

" Kau dah kenapa beb?" Dia sekadar mengeleng, kelu. Mahu katakan apa juga dia sendiri sudah tidak tahu.
"Cinta?" Nafas dilepaskan berat membenarkan pertanyaan sahabatnya.

Bahunya ditepuk beberapa kali, mungkin saja itu menjadi satu terapi untuk memberikan sedikit kekuatan untuk dirinya terus sabar.
 
"Cinta itu menukar lemah menjadi kekuatan Menghapuskan sendu menjadi suka. Namun bila cinta itu membuatkan seseorang itu lemah dan sakit kerannya. Ada masalah dengan 'cinta' itu"
Pantas dia pangguh kepala menatap wajah tenang sahabatnya itu. Keningnya berkerut, kurang faham.

Apa yang salah dengan perasaanya?. Bukankah cinta itu fitrah?. Kenapa dia yang bersalah sedangkan puncanya bukan dari dia. Dia hanya ingin mencinta dan dicintai, namun cinta seakan mengkhianatinya..membelakanginya. 

"Masalah itu puncanya dari sini!" Dadanya ditepuk-tepuk perlahan. Matanya tidak lari dari menjamah wajah sahabatnya.

"Lupakan dia andai dia sudah dimiliki. Jika belum, berdoalah semoga dia jodoh yang ditetapkan Allah buat kamu."

" Kau boleh la cakap macam tu, tapi yang rasa tu aku. Bukan kau!"Hatinya geram dihenyak sebegitu, sudah berapa lama dia menyimpan perasaan namun bila dia yakin dengan 'cinta'nya itu kecewa yang terpaksa dihadapi.

"Cinta itu sahabatnya adalah bahagia dan musuh antara keduanya adalah benci. Bagaimana ingin mendapatkan keduanya?, cintai Allah maka kau akan memiliki segalanya" Dia terkedu.

Sahabatnya itu bangun dan melangkah meninggalkannya. Diraup wajahnya lagi, dia terlajak kata. Dia lupa sahabatnya itu pernah mengalami keadaan sama sepertinya.

Langkah sahabatnya itu dikejar, ingin memohom maaf. Namun larinya terhenti, pegun. Jelas dimatanya sahabatnya itu terduduk lemah diiringi tangisan, sendu yang cuba ditahan-tahan.Air mata dikesat kasar, mungin tidak ingin kelihatan duka diwajahnya, terketar-ketar dia bangkit dan hampir terjatuh, tanganya berpaut pada jeriji besi menampung berat badan yang tidak mampu ditongkat dengan kekuatan yang merudum lantaran kenyataan yang perlu ditelan.

...
Aku sendiri terkadang tidak mampu membelakangi rasa. Ingin  diluah terasa malu lalu aku pilih untuk menyembunyikkannya. Kerana aku percaya tiba masa akan terungkai juga. Dan bila mana kejujuran diungkapkan dan menerima jawapan pada persoalan hati dan ia tidak berpihak padaku. Lalu apa yang harus dilakukan. Menangis?. Menagis la sepuasanya dan nanti jangan perna biarkan mutiara jernih itu menintis lagi kerannya. Insan yang cerdik tidak akan jatuh pada jurang yang sama buat sekian kalinya.

Hidup ini sementara kenapa perlu disiakan. Jika berbahagia itu ada kenapa perlu dipilih duka. Bukankah bahagia itu pilihan. Aku tidak mahir andai isu perasaan untuk dibentangkan atau ingin dibincarakan. Aku hanya sekadar ada pengamatan dan perkongsian daripada insan-insan yang telah aku temui. Mereka mengajar aku beribu kisah cinta dengan pelbagai versi.

Kecewa?. Ya sekarang aku mengalaminya. Pahit aku jua perna merasinya. Cuma aku ingin pinjam kata-kata ini.

 Betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

Ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini.

Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas


(Pahrol Mohamad Juoi's)

...
Selamat berbahagia
Bahagia itu letaknya dihati
Cinta itu selamanya dimiliki
Letaknya juga ada didalam hati
Bertapa peliknya aku berkaitan dengan hati
Terlalu banyak yang boleh mendiam didalamnya
Namun apa yang perlu dimusykilkan
Kerana Allah memberikan cinta yang terlalu besar
Yang dalamnya penuh dengan cinta 
Teruskan melangkah jangan pernah lelah
Kita ada hala tuju yang lebih jauh
Hala tuju...tujuan hidup
Terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan
Mimpi jangan biar kekal jadi mimpi
Angan jangan dibiarkan jadi tujuan

...itu simpan saja jadi kenangan bukan lagi tanda ingatan.

Biarkan air mata menitis..tegarkan hati, Yakin dengan Allah hingga kehujung nyawa
....
Daripada Abu al_Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Antara doa nabi Daud

Maksudnya: " Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kasih sayang-Mu dan kasih sayang orang yang mencintai-MU, serta ( kasihkan) amalan yang mendekatku kepada cinta-Mu, Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah kasih-Mu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk"

-Doa Cinta-
...

I can't let you go. It's hurts... but for your.. i will say good bye
Can i go back to be old me?

Friday, September 20, 2013

...Sedar Dimana letak Diri...Bukan Hanya Sekadar Perlu.

Dia memberikan signal ke kiri sebelum dia berhenti dibahu jalan.Sudah lama rasanya dia tidak duduk bersendirian. Sejak kembali kenegeri sendiri masanya banyak dihabiskan ditempat kerja, rumah dan keluar hanya bila perlu dan kadang kala juga sempat memboloskan diri ketika waktu kerja untuk berjalan-jalan waima sekejap dan mangsanya adalah kawannya akan diheret sama. Hanya dia sahaja kawan yang tinggal yang lain semua sudah terpisah antara benua, nasib la wahai sahabat.

Pemandangan di tepinya adalah laut yang terbentang, tempat yang mana dulu dia sering menemani ayah mencari secicip rezeki dilautan. Lautan yang tak terduga dalamnya yang penuh dengan khazanah alam dan rahsia Ilahi. 

Perlahan dia melepaskan nafas yang ditahan didada seketika. Cuba mengawal pernafasan dan juga lebih tepat meraih ingatan. Jika bersendiri begitu pasti monolog dan dialog bersatu tanpa suara.

"Jangan cerita kat orang yang kau tak ada duit. Diam saja" Bergema satu suara ditelinganya. Dan dia tidak perlu pangguh kepala mencari empunya suara kerana dia hanya bersendirian dan suara itu lontaran memori semalam yang cuba diraih.

Dia sekadar tersenyum, kawannya itu pernah mencerita perihal keluarganya yang mengalami krisis ekoran ayahnya menghidapi penyakit. Ceritanya bersahaja dan bila dia bertanyakan prihal kewangan mereka ketika itu, dan nah! itu jawapan yang kawannya berikan. Cukup untuk membuatkan kata tersekat direngkungan!.

Bilamana dia merancang untuk berjalan bersama sahabat yang lain dan mengajak kawannya itu, terpancul lagi kata yang tidak terjangka dan kadang tidak mampu disangkal!.

" Wah! masyuk ar kau kan?" Soalnya gempak, entah sengaja atau tidak dia sendiri kurang pasti kerna kawanya yang seorang itu kadang terlalu sukar untuk ditebak.

" Masyuk apanya. Kering ada la. Nak perah pun dah tak da ni ha!" Dia menjawab agak beremosi berserta gaya lagi.

"Tak payah perah, nanti sampai masa mengalir tu siap melimpah-limpah lagi" Balasnya bersahaja namun ada nada penegasan didalamnya.

"Maksud kau, aku kena usaha?" Soalnya jujur.

"Ya tapi bukan itu maksud aku...." Kawanya itu berjeda seketika memandang sekilas wajanhnya sebelum meneruskan kata bilamana dia mengangkat kening tanda menyoal.

"Usaha memang perlu tapi tak kan buah kelapa nak perah kan?" Dia terdiam cuba mencerna apa yang cuba disampaikan.

"Usaha perlu kena caranya bukan membuta tuli" Sambung kawanya lagi. 

Bunyi hujan yang tiba-tiba lebat menyentak lamunannya...bersepai dengan memori yang digamit kembali. Signal kekanan diberikan, meminta laluan, gear ditukar dan meneruskan pecutan dijalan raya.


Firma Allah yang bermaksud : " Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka akan bertambah daripada yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu maha tahu dan bijaksana". (Surah al-Fath 48:4)

....
Tertarik pada satu tajuk kolum dalam majalah solusi ' Tuhan sedang mengajarmu erti ikhlas dan sabar!'

Saya petik satu perenggan yang dibincangkan didalam kolum komunikasi yang membincangkan tentang hikmah disebalik ujian.

' Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak diakhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya, kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merengut-rengut, mengeluh dan memberontak hanya akan menambahkan dosa kita. Begitulah bagi Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita diakhirat, kerana penderitaan dineraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dasyat daripada penderitaan dunia'
Mana mungkin kita sebagai hamba Allah mampu mengelak daripada takdir Ilahi. Kita merancang dan Allah merancang namun perancangan Allah yang lebih baik. Ya benar hati kita mudah berbolak balik saat kita diuji dimana kita hampir kepada gerbang putus asa namun jangan biarkan diri terhenyak dengan ujian. Apa yang perlu kita lakukan saat ini meningkatkan keterbegantungan kita kepada Allah.

...
 Semenjak bertukar tempat kerja yang baru, suasanya berbeza dan level insan-insan yang dikenali juga berbeza dari sebelumnya. Pada mulanya kurang selesa namun pantas hati dipujuk "Allah meletakkan aku di situasi ini sesuai dengan kemampuanku"
Teman sekerja pernah bertanya ketika sama-sama menghabiskan waktu rehat di dalam office, dia merupakan 'not yet- Muslim'

"Dalam agama kamu percayakan pada bala?"

Aku terjeda seketika, sudah lama tidak teruji dilapangan. Dunia dakwah didalam kampus sudah lama ditinggalkan dan diri kini terlalu gersang dengan tarbiah. Sudah lama telinga ini tidak disapa tazkirah yang menjentik jiwa. Aku tarik nafas perlahan sebelum menjawab, cuba meraih kekuatan dalaman.

" Bukan bala perkataan yang sesuai, tapi ujian. Setiap insan diuji mengikut tahap masing-masing, mengikut kadar kemampuan" Jawabku ringkas, dalam hati harap dia mampu memahami. Disoal dengan tiba-tiba menyebabkan aku pincang dalam menyusun ayat menyatakan hujah.

Dan perbincangan kami berlarutan, namun mukadimah yang sering dia mulakan pada awal soalanya " Dalam agama kamu Islam la kan, kalau.......?"  Aku beristifar didalam hati, mencari sisa-sisa ilmu yang masih berbaki dan berharap masih belum diselaputi kulat mahupun dilitupi karat untuk memberikan jawapan dan aku lihat dia tidak semudah itu menerima bulat-bulat bila mana kata ku bertentangan dengan pegangannya lebih-lebih lagi isu berkaitan ' pewaris dosa'.

....

Bukan tidak ada
Bukan juga tidak usaha
Tapi mungkin saja kau sendiri yang belum bersedia


 Soalan biasa bagi para siswazah yang baru menamatkan pembelajaran soalan lazim yang ditanya pasti 'Dah kerja ke?' Soalan biasa-biasa namun mampu jadi luar biasa bagi orang yang menghadapi situasi kesulitan mencari perkerjaan dan perkara biasa juga lepasan IPTA/IPTS ini inginkan perkerjaan yang setaraf dengan pendidikan yang dimiliki namun bila ditanyakan prihal 'pengalaman' pastinya mereka terhenyak tanpa hujah. Namun dimana mampu dirahi 'pengalaman' tanpa peluang yang mana belum diberikan namun sudah ditarik balik. Dimana silapnya aku juga kadang kala terkunci kata untuk menjawabnya bukan kerana tiada jawapan....namun kadang kala kepahitan itu jangan terlalu ghairah untuk dilontarkan.


Teringat perbualan dengan seorang kawan, sengaja menghubunginya bertanya khabar berita yang mula menyepi.

" Macam mana apa cerita sekarang?" Soalku, soalan biasa aku ajukan.

" Macam ni juga hari tu dah pergi temu duga di KL tapi tak tahu lagi" Jawabnya jujur, dan sebenarnya dari dulu dia berperwatakan begitu bila denganku mudah berterus terang.

" Tak pa Insya Allah ada juga tu" Pujukku biasa

" Saya ni la penganggur yang paling lama rasanya dikalangan kita kan?" Katanya diselangi ketawa. Ya ketawa yang menyembunyikan rasa.

" Eh tak la juga kan ada jugakan niaga-niaga kecil masa pergi U dulu tu kan. Plan dengan ustaz tu macam mana?" Aku cuba memujuknya  dan mengalaihkan bicaranya bimbang dihujung kata ada keluhan yang terluah.


Aku tersenyum membaca post sorang sahabat. Aku juga perna berfikiran seperti dia ketika hati galau mencari perkerjaan kerna masa terus menghimpit dan waktu konvo terus mendekat. Iklan 'Pemandu diperlukan' terlalu menarik minatku namun hajat itu aku henyak biar lenyek kerna hati yakin mesti mak tak izinkan.

Sambil bawa motor tadi.minda melayang
:orang nak tolong rekemen kerja bank tak nak. Kata abang yang singgah kat gerai mak tadi.

Tersengih saja.Tak tahu nak jawab apa.
Datang idea ..jadi minah despatch pn ok apa..
Buat sementara waktu.

Minah despatch tuk org ramai. .
Tuk mak,kirim beli air,beli minyak dsb
tuk bawak orang pergi kedai
hantar orang ke depan pintu rumah.
Hantar barang kawan pesan.pergi bank dan pejabat pos.

"bang..belum kerja pn ,kerja dah banyak"jawab aku kat abg td."
nanti-nantilah saya merasa makan gaji.
Ada rezeki tak ke mana.
Firman Allah bermaksud:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Surah al-Baqarah 2:45)

...

' As Salam long, tengah buat apa" Satu mesej kedalam telephone bimbitku.

Aku tersenyum segaris lantas membalasnya. 'Walaikumsalam, tak dah wat apa. Ada story ke nak kongsi?'

' Hehe..tahu-tahu je kan. Dari U lagi asal ada masalah mesti cari along' Balasnya pantas, mungkin sedikit teruja bilamana aku boleh membaca tujuannya.

Dan perbualan itu berpanjangan. Ya perbezaan jarak bukan satu masalah sudah untuk zaman ini.


Fikiran aku juga jauh menimbau perbualan dengan seorang sahabat. Sahabat yang dikirimkan Allah bagi membantu saat aku terbelit dengan kesukaran.

" Kau ingat tak yang aku cakap kat korang yang bila rindu kat seseorang tekat tangan kat dada baca al-fatihah tu?" Soalnya dicorong telefon.

Terdengar soalannya membuatkan aku tergelak, mustahil boleh lupa. Ketika menunggu salah seorang dari sahabat kami yang agak lambat sampai untuk aktiviti minum petang dan riadah yang sering kami lakukan bersama bila ada masa terluang belum lagi kunjung tiba. Hendak membuat panggilan sudah pasti hanya bunyi 'tutt' saja kedengaran.

' Ha ha, ingat la, kenapa?" soalku semula bila ketawaku sudah reda.

" Macam tu la aku buat bila rindu kat diorang......" Dia terdiam seketika, aku terkesan pada nada suaranya sedikit berubah dari sebelumnya dan aku setia menanti butir bicara yang seterusnya.

".... ya la kan dari pada aku sekadar rindu lebih baik aku doa, ada juga baiknya. Orang kata bila kita rindu dekat seseorang kemungkinan dia juga rindu dekat kita. Nak buat benda lain aku tak tahu, tu je la yang aku mampu" Katanya panjang dan nada suaranya juga sudah berjaya dia ceriakan semula.

.....
Kisah hidup sahabat-sahabat mungkin saja pada pandangan mata bagi insan yang kurang memahami beranggapan ia perkara biasa-biasa dan terlalu enteng untung diambil perhatian.  


Tahapmu dan tahapnya berbeza... dekati dengan berhemah
Kadarmu dan kadarnya berbeza... dekati dengan memahami




Ya benar yang mengalami sahaja memahami
Aku mengerti
Cuma cuba letakkan seketika posisimu ditempatnya



Saat merungkai kata tidak berpenjuru yang sering dilontarkan orang sekeliling menjetik hati. Mungkin saja aku juga dulu sebegitu terlalu lantang bila mengkritik tanpa selidik. Bermula saat itu aku selalu menyatakan pada diri.

"Cuba berbaik sangka"

Ya benar, perjalanan hidup tidak dijanjikan bahagia. Diawal kehidupan kita menangis, menjalani kehidupan juga dengan tangisan dan pemergian kita juga diiringi dengan tangisan. Makna kata hidup kita ini penuh dengan ujian. Selayaknya seorang hamba itu untuk diuji oleh Tuhan-Nya. Segala-galanya bukan milik kita, semuanya milik Allah pencipta dunia dan seisinya.

Seharusnya kita...Sedar Dimana letak Diri...Bukan  Hanya Sekadar Perlu.

...:::;Inalillah wa ina ilahi rajiun:::...

20/9/2013, 2.00AM

Wednesday, September 18, 2013

...itu simpan jadi kenangan bukan tanda ingatan.


Satu keluhan berat dilepaskan, menarik perhatian sorang tua yang duduk dihujung bangku. Kepalanya ditundukkan sambil kaki menguis-nguis tanah membentuk garisan-garisan serupa cakaran.

"Kenapa susah hati?" Soalan tidak terduga itu menyetak lamunannya. Bersepai dibawa angin petang.

"Lewat usiaku ini teruji hingga kadangkala tersungkur, baru hendak bangkit ditempelak dengan peristiwa semalam"Aduku tidak semena-mena.

"Ya benar, takdir Allah itu kadang kala menyakitkan"Aku mengangguk kepala membenarkan, Sekali lagi nafas kasar kulepaskan.

"Tapi aku ikhlas menerimanya"Kataku antara yakin dengan tidak.

"Ikhlasmu itu belum cecah kehati" Aku patas pangguh kepala, memandang wajah tua yang berada disebelahku, Mata lelaki tua itu memandang lurus kehadapan, raut wajahnya tenang tanpa segaris tanda-tanda galau mahupun kecewa.

"Err" Kata-kata itu seakan tepat dipanah  kejantungku, sakit dan perit!.

"Kamu tidak menerima takdir Allah dengan ikhlas sebab itu kamu selalu tidak berpuas hati dengan apa sekali pun" Kali ini aku benar-benar kehilangan kata.

...
Majalah solusi "Subur dengan Syukur" aku ambil dan ku belek-belek. Majalah yang telah lama tidak dibuka yang dibeli pada tahun lepas. Isinya juga sudah aku lupa, nasihatnya entah tidak lagi berbaki diingatan.

Tajuknya saja seakan menempelakku. Lalu majalah itu aku simpan semula di rak buku, tersusun kemas seperti keluaran-keluaran yang lepas. Teringat ada satu keluaran yang membawa kisah 'Hikmah Musibah'. Majalah itu ada dipasaraan ketika saat itu aku mengalami kekecewaan. Ya ketika itu kata-kata dari meja editornya sangat-sangat berkesan dihati ku. Entah kenapa kali ini hati aku seakan berat untuk membukanya apatah lagi membaca dan memahami isi kandungan yang penuh nasihat. Mungkin saja hati ini telah keras membatu lataran ego yang tidak bawa kemana selain arah kehancuran.

Aku sendiri kurang pasti mengapa aku berlagak sedemikian, mungkin saja lantaran kecewa. Apa yang aku rancang dan harapkan banyak yang tersasar. Akhirnya aku terpaksa menerima perjalanan takdir yang bagiku menyesakkan. Orang yang berada disekelilingku, aku rasakan tidak perna cuba memahami. Akhirnya aku mula memilih mendiamkan diri.

Yang dicari...yang dinanti 
Entah kemana menyembunyikan diri
Penantian yang tidak pasti
Entah bila kan diakhiri

 Lalu rasa kecewa mengambil alih dalam sisa perjalan yang masih berbaki. Emosi yang kurang stabil mejadi raja dalam pemikiran. Lenang yang tidak menyenagkan atau usaha yang memeritkan disitu menjadi persoalan ranting yang telah berubah peranan menjadi persoalan pokok.

Mungkin saja aku masih terkekang pada paradikma yang belum diubah. Masih terpenjara pada 'lingkungan selesa'. Bukannya tidak ada dan bukan juga tidak usaha tapi mungkin saja diri yang belum bersedia. Keterbiasaan pada dunia yang berani melontarkan kata, duduk dimeja rundingan perbincangan yang tidak perna surut. Namun 'musim gemilang' itu sudah lama berakhir. Namun masih terlalu segar dikotak ingatan kerana sering kali diulang tayang. Terhimpit pada dunia sebenar yang menyesakkan kadang kala menyebabkan aku terjelupuk jatuh perit. Kata terkunci pada sebarang hujah, baru hendak berkata sudah 'dipancung' akhirnya suara kata tengelam menjadi suara hati yang kadang kala gagal dikawan dilontarkan pada 'seni tumpul' dialam maya dengan penuh beremosi yang hilang seninya..hilang adabnya. Pengamatan ku kini seakan terbatas, sudah tidak boleh bercempera sebebas layak seperti perjalanan 3 tahun lalu yang aku anggap sungguh bermakna namun sayang bila dibelek waktu banyak yang telah aku persia. 

....

" Jangan mengeluh" Pesan seorang kawan. 

Yang dulu aku anggap dia terlalu sukar dimengerti. Peramah namun perahsia. Ya sesuatu yang terlalu sukar untuk aku tembusi. Yang mungkin dia dapat membaca galau yang tersembunyi pada nada kata yang sering aku akhiri dengan ketawa. Ya ketawa yang mungkin boleh jadi penyembunyi rahsia.

"Kau ada apa-apa yang nak kongsi?" Soalan mudah namun terlalu berat untuk dinyatakan.
Lalu aku memilih jawapan "Tiada" Talian diputuskan. Aku termanggu seketika melihat pada handphone ditangan. Adakah aku yang terlalu degil atau dia yang terlalu mengerti.

Dan teringat juga soalan seorang junior kampus perna mengajukan soalan
'Antara nafsu dan emosi mana yang susah dikawal?"

Aku memberi jawapan biasa, tentunya nafsu namun dia berikan aku jawapan sebaliknya.

Katanya "Nafsu mampu dikekang dengan iman yang berbaki dalam diri namun emosi kadang kala dituja dengan susuatu perkara yang kadang kala diluar kawalan menyebabkan kita gagal mengawal emosi"

Saat itu aku seupanya ingin mencerna dan menerima walaupun jauh disudut hati aku kurang setuju.

Lalu pembacaan ku lewat kebelakangan ini aku menemui hujah yang lebih kurang begini susunan ayatnya yang telah aku ringkaskan.

"Emosi bagiku lahir daripada rasa tidak puas hati. Tidak puas hati lahir daripada sifat ego (sombong) yang berada dalam hati. Apabila dilanda emosi, perilaku menjadi tidak keruan, akal berubah tidak waras. Kita akan hilang pertimbangan dan rasional. Ketika itu syaitan mengambil peluang dengan sebaiknya dan jika dikatakan nafsu boleh dikekang sudah tentu emosi juga boleh dikawal tapi mana yang lebih sukar? maka persoalan hati itu yang perlu diutamakan."

Satu persanan ringkas aku hantar pada seorang senior yang bagiku agak baik semasa dikampus namun mungkin aku yang bukan tergolong didalam lingkungan mereka maka aku memilih untuk menjauhkan diri. Bila difikirkan kembali masalah yang terbesar bukanlah apa yang berlaku pada diriku tapi apa yang telah terjadi pada hatiku!.

"As Salam, maaf menggangu, saya nak tanya kalau nak berubah mana yang perlu diubah dulu?" Lebih kurang begitu soalan yang aku ajukan.

"Hati kita kena bersih dulu. Niat Lillahita'la. Buang yang negatif. Kemudian lain-lain yang wajib baiki sikit demi sedikit. InsyaAllah benda yang baik akan dipermudahkan."

...
Pada ketika itu, sebenarnya aku kurang memahami. Mungkin saja saat itu emosiku gagal ku kawal dengan sebaiknya. Akhirnya mesej itu aku biarkan saja menjadi penghuni ditelephoneku. Cuma baru sekarang hatiku tergerak untuk memahaminya.

 Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,

“Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu.”

Benar perjalanan syukur ini bukan terhenti pada ucapan 'Alhmdulillah' semata, namun pada gerakan lidah jasad dan juga hati. 

...
Kenapa perlu takut sedangkan telah mengetahui DIA mengaturkan sesuatu yang terbaik?

 Bimbang itu ada dalam hati..Tenang itu juga ada dalam hati
Ia umpama air dan minyak..mana mungkin mampu bersatu sebati
Singkir duka ...buang prasangka
Tanam redha dalam perjalanan
Bumi Allah luas...Rezeki-Nya juga maha luas
Lapangkan dadamu
Bimbang?
Tekap tangan kedada...pujuk dengan doa
Bimbing dengan gerakan jasad
Biar bibir berhenti bergerak namun hati tidak perna berhenti mengingati


"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon perlindugan dengan-MU daripada rasa susah hati dan kesedihan daripada lemah dan malas dan daripada desakan hutang dan paksaan orang"

Kepahitan hidup itu...itu simpan jadi kenangan bukan tanda ingatan.

...:::Allahualam:::...