Followers

Friday, September 20, 2013

...Sedar Dimana letak Diri...Bukan Hanya Sekadar Perlu.

Dia memberikan signal ke kiri sebelum dia berhenti dibahu jalan.Sudah lama rasanya dia tidak duduk bersendirian. Sejak kembali kenegeri sendiri masanya banyak dihabiskan ditempat kerja, rumah dan keluar hanya bila perlu dan kadang kala juga sempat memboloskan diri ketika waktu kerja untuk berjalan-jalan waima sekejap dan mangsanya adalah kawannya akan diheret sama. Hanya dia sahaja kawan yang tinggal yang lain semua sudah terpisah antara benua, nasib la wahai sahabat.

Pemandangan di tepinya adalah laut yang terbentang, tempat yang mana dulu dia sering menemani ayah mencari secicip rezeki dilautan. Lautan yang tak terduga dalamnya yang penuh dengan khazanah alam dan rahsia Ilahi. 

Perlahan dia melepaskan nafas yang ditahan didada seketika. Cuba mengawal pernafasan dan juga lebih tepat meraih ingatan. Jika bersendiri begitu pasti monolog dan dialog bersatu tanpa suara.

"Jangan cerita kat orang yang kau tak ada duit. Diam saja" Bergema satu suara ditelinganya. Dan dia tidak perlu pangguh kepala mencari empunya suara kerana dia hanya bersendirian dan suara itu lontaran memori semalam yang cuba diraih.

Dia sekadar tersenyum, kawannya itu pernah mencerita perihal keluarganya yang mengalami krisis ekoran ayahnya menghidapi penyakit. Ceritanya bersahaja dan bila dia bertanyakan prihal kewangan mereka ketika itu, dan nah! itu jawapan yang kawannya berikan. Cukup untuk membuatkan kata tersekat direngkungan!.

Bilamana dia merancang untuk berjalan bersama sahabat yang lain dan mengajak kawannya itu, terpancul lagi kata yang tidak terjangka dan kadang tidak mampu disangkal!.

" Wah! masyuk ar kau kan?" Soalnya gempak, entah sengaja atau tidak dia sendiri kurang pasti kerna kawanya yang seorang itu kadang terlalu sukar untuk ditebak.

" Masyuk apanya. Kering ada la. Nak perah pun dah tak da ni ha!" Dia menjawab agak beremosi berserta gaya lagi.

"Tak payah perah, nanti sampai masa mengalir tu siap melimpah-limpah lagi" Balasnya bersahaja namun ada nada penegasan didalamnya.

"Maksud kau, aku kena usaha?" Soalnya jujur.

"Ya tapi bukan itu maksud aku...." Kawanya itu berjeda seketika memandang sekilas wajanhnya sebelum meneruskan kata bilamana dia mengangkat kening tanda menyoal.

"Usaha memang perlu tapi tak kan buah kelapa nak perah kan?" Dia terdiam cuba mencerna apa yang cuba disampaikan.

"Usaha perlu kena caranya bukan membuta tuli" Sambung kawanya lagi. 

Bunyi hujan yang tiba-tiba lebat menyentak lamunannya...bersepai dengan memori yang digamit kembali. Signal kekanan diberikan, meminta laluan, gear ditukar dan meneruskan pecutan dijalan raya.


Firma Allah yang bermaksud : " Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka akan bertambah daripada yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu maha tahu dan bijaksana". (Surah al-Fath 48:4)

....
Tertarik pada satu tajuk kolum dalam majalah solusi ' Tuhan sedang mengajarmu erti ikhlas dan sabar!'

Saya petik satu perenggan yang dibincangkan didalam kolum komunikasi yang membincangkan tentang hikmah disebalik ujian.

' Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak diakhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya, kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merengut-rengut, mengeluh dan memberontak hanya akan menambahkan dosa kita. Begitulah bagi Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita diakhirat, kerana penderitaan dineraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dasyat daripada penderitaan dunia'
Mana mungkin kita sebagai hamba Allah mampu mengelak daripada takdir Ilahi. Kita merancang dan Allah merancang namun perancangan Allah yang lebih baik. Ya benar hati kita mudah berbolak balik saat kita diuji dimana kita hampir kepada gerbang putus asa namun jangan biarkan diri terhenyak dengan ujian. Apa yang perlu kita lakukan saat ini meningkatkan keterbegantungan kita kepada Allah.

...
 Semenjak bertukar tempat kerja yang baru, suasanya berbeza dan level insan-insan yang dikenali juga berbeza dari sebelumnya. Pada mulanya kurang selesa namun pantas hati dipujuk "Allah meletakkan aku di situasi ini sesuai dengan kemampuanku"
Teman sekerja pernah bertanya ketika sama-sama menghabiskan waktu rehat di dalam office, dia merupakan 'not yet- Muslim'

"Dalam agama kamu percayakan pada bala?"

Aku terjeda seketika, sudah lama tidak teruji dilapangan. Dunia dakwah didalam kampus sudah lama ditinggalkan dan diri kini terlalu gersang dengan tarbiah. Sudah lama telinga ini tidak disapa tazkirah yang menjentik jiwa. Aku tarik nafas perlahan sebelum menjawab, cuba meraih kekuatan dalaman.

" Bukan bala perkataan yang sesuai, tapi ujian. Setiap insan diuji mengikut tahap masing-masing, mengikut kadar kemampuan" Jawabku ringkas, dalam hati harap dia mampu memahami. Disoal dengan tiba-tiba menyebabkan aku pincang dalam menyusun ayat menyatakan hujah.

Dan perbincangan kami berlarutan, namun mukadimah yang sering dia mulakan pada awal soalanya " Dalam agama kamu Islam la kan, kalau.......?"  Aku beristifar didalam hati, mencari sisa-sisa ilmu yang masih berbaki dan berharap masih belum diselaputi kulat mahupun dilitupi karat untuk memberikan jawapan dan aku lihat dia tidak semudah itu menerima bulat-bulat bila mana kata ku bertentangan dengan pegangannya lebih-lebih lagi isu berkaitan ' pewaris dosa'.

....

Bukan tidak ada
Bukan juga tidak usaha
Tapi mungkin saja kau sendiri yang belum bersedia


 Soalan biasa bagi para siswazah yang baru menamatkan pembelajaran soalan lazim yang ditanya pasti 'Dah kerja ke?' Soalan biasa-biasa namun mampu jadi luar biasa bagi orang yang menghadapi situasi kesulitan mencari perkerjaan dan perkara biasa juga lepasan IPTA/IPTS ini inginkan perkerjaan yang setaraf dengan pendidikan yang dimiliki namun bila ditanyakan prihal 'pengalaman' pastinya mereka terhenyak tanpa hujah. Namun dimana mampu dirahi 'pengalaman' tanpa peluang yang mana belum diberikan namun sudah ditarik balik. Dimana silapnya aku juga kadang kala terkunci kata untuk menjawabnya bukan kerana tiada jawapan....namun kadang kala kepahitan itu jangan terlalu ghairah untuk dilontarkan.


Teringat perbualan dengan seorang kawan, sengaja menghubunginya bertanya khabar berita yang mula menyepi.

" Macam mana apa cerita sekarang?" Soalku, soalan biasa aku ajukan.

" Macam ni juga hari tu dah pergi temu duga di KL tapi tak tahu lagi" Jawabnya jujur, dan sebenarnya dari dulu dia berperwatakan begitu bila denganku mudah berterus terang.

" Tak pa Insya Allah ada juga tu" Pujukku biasa

" Saya ni la penganggur yang paling lama rasanya dikalangan kita kan?" Katanya diselangi ketawa. Ya ketawa yang menyembunyikan rasa.

" Eh tak la juga kan ada jugakan niaga-niaga kecil masa pergi U dulu tu kan. Plan dengan ustaz tu macam mana?" Aku cuba memujuknya  dan mengalaihkan bicaranya bimbang dihujung kata ada keluhan yang terluah.


Aku tersenyum membaca post sorang sahabat. Aku juga perna berfikiran seperti dia ketika hati galau mencari perkerjaan kerna masa terus menghimpit dan waktu konvo terus mendekat. Iklan 'Pemandu diperlukan' terlalu menarik minatku namun hajat itu aku henyak biar lenyek kerna hati yakin mesti mak tak izinkan.

Sambil bawa motor tadi.minda melayang
:orang nak tolong rekemen kerja bank tak nak. Kata abang yang singgah kat gerai mak tadi.

Tersengih saja.Tak tahu nak jawab apa.
Datang idea ..jadi minah despatch pn ok apa..
Buat sementara waktu.

Minah despatch tuk org ramai. .
Tuk mak,kirim beli air,beli minyak dsb
tuk bawak orang pergi kedai
hantar orang ke depan pintu rumah.
Hantar barang kawan pesan.pergi bank dan pejabat pos.

"bang..belum kerja pn ,kerja dah banyak"jawab aku kat abg td."
nanti-nantilah saya merasa makan gaji.
Ada rezeki tak ke mana.
Firman Allah bermaksud:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Surah al-Baqarah 2:45)

...

' As Salam long, tengah buat apa" Satu mesej kedalam telephone bimbitku.

Aku tersenyum segaris lantas membalasnya. 'Walaikumsalam, tak dah wat apa. Ada story ke nak kongsi?'

' Hehe..tahu-tahu je kan. Dari U lagi asal ada masalah mesti cari along' Balasnya pantas, mungkin sedikit teruja bilamana aku boleh membaca tujuannya.

Dan perbualan itu berpanjangan. Ya perbezaan jarak bukan satu masalah sudah untuk zaman ini.


Fikiran aku juga jauh menimbau perbualan dengan seorang sahabat. Sahabat yang dikirimkan Allah bagi membantu saat aku terbelit dengan kesukaran.

" Kau ingat tak yang aku cakap kat korang yang bila rindu kat seseorang tekat tangan kat dada baca al-fatihah tu?" Soalnya dicorong telefon.

Terdengar soalannya membuatkan aku tergelak, mustahil boleh lupa. Ketika menunggu salah seorang dari sahabat kami yang agak lambat sampai untuk aktiviti minum petang dan riadah yang sering kami lakukan bersama bila ada masa terluang belum lagi kunjung tiba. Hendak membuat panggilan sudah pasti hanya bunyi 'tutt' saja kedengaran.

' Ha ha, ingat la, kenapa?" soalku semula bila ketawaku sudah reda.

" Macam tu la aku buat bila rindu kat diorang......" Dia terdiam seketika, aku terkesan pada nada suaranya sedikit berubah dari sebelumnya dan aku setia menanti butir bicara yang seterusnya.

".... ya la kan dari pada aku sekadar rindu lebih baik aku doa, ada juga baiknya. Orang kata bila kita rindu dekat seseorang kemungkinan dia juga rindu dekat kita. Nak buat benda lain aku tak tahu, tu je la yang aku mampu" Katanya panjang dan nada suaranya juga sudah berjaya dia ceriakan semula.

.....
Kisah hidup sahabat-sahabat mungkin saja pada pandangan mata bagi insan yang kurang memahami beranggapan ia perkara biasa-biasa dan terlalu enteng untung diambil perhatian.  


Tahapmu dan tahapnya berbeza... dekati dengan berhemah
Kadarmu dan kadarnya berbeza... dekati dengan memahami




Ya benar yang mengalami sahaja memahami
Aku mengerti
Cuma cuba letakkan seketika posisimu ditempatnya



Saat merungkai kata tidak berpenjuru yang sering dilontarkan orang sekeliling menjetik hati. Mungkin saja aku juga dulu sebegitu terlalu lantang bila mengkritik tanpa selidik. Bermula saat itu aku selalu menyatakan pada diri.

"Cuba berbaik sangka"

Ya benar, perjalanan hidup tidak dijanjikan bahagia. Diawal kehidupan kita menangis, menjalani kehidupan juga dengan tangisan dan pemergian kita juga diiringi dengan tangisan. Makna kata hidup kita ini penuh dengan ujian. Selayaknya seorang hamba itu untuk diuji oleh Tuhan-Nya. Segala-galanya bukan milik kita, semuanya milik Allah pencipta dunia dan seisinya.

Seharusnya kita...Sedar Dimana letak Diri...Bukan  Hanya Sekadar Perlu.

...:::;Inalillah wa ina ilahi rajiun:::...

20/9/2013, 2.00AM

No comments:

Post a Comment