Followers

Friday, April 12, 2013

Kau pergi

ST12 – Saat Terakhir

 


Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikit pun ku menyangka
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Begitu sulit ku menyangkal
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

 Di bawah batu nisan kini kau t’lah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup ini terjadi
Kerna ku sangat cinta

Inilah saat terakhir ku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup

Satu jam saja ku telah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Dinanti ku

_aku rindu sayang kamu_

Thursday, April 11, 2013

Anak  panah ku tarik rapat ke dagu, tiga jari menarik tali busar. Tangan kiri lurus ke hadapan. Mata kanan ku sepetkan. Aku tergelak dalam hati,rasa tak perlu sepetkan pun tak apa jelasnya aku rabun. Anak panah aku sasarkan pada kertas yang berwarna putih yang diatasnya ada bulatan-bulatan yang berwarna kuning,biru dan merah.
Ada dua kertas dilekatkan pada sasaran dan aku memilih yang sebelah kanan.Lurus dihadapanku. Setelah yakin arah anak panah yang aku halakan. Perlahan tiga jari aku lepaskan. Berdesup anak panak tercacak di lingkaran merah. Bibir mengukir senyum meleret namun senyuman itu terhenti dari terus tersenyum lebar. Aku amati di hadapan, anak panah tepat di kertas sebelah kiri bukan kanan seperti ku jangka.
 'Ayoi..makai oh' aku tergelak sendiri.
 Rakan yang berada di sebelahku terhenti dari melepaskan anak panah. 
"Sorry" pantas aku tundukan sedikit kepala dan tersengeh lebar. Jelasnya aku bersalah itu sasaran dia kut.
Dari satu anak panah sehinggah anak panah yang terakhir terus aku lepaskan. Mengena sama banyak dengan tersasar. First time main kira ok la kut. 
Bila dah banyak kali main rasa seronok pula, dah berapa kali ulang dah tak tau dah. Jelaskan bila rasa bahagia pasti akan teruji. Cabaran tu lah warna kehidupan. Saat yakin sangan nak lepaskan anak panah ke bulantan berwarna kuning.Lengan kiriku menahan perit, silap teknik, muka berkerut menahan perit. Anak panah meluncur laju seiring libasan tali busar mengena di pelipat lengan. Pantas mulut membebel panjang,tapi bebelan untuk diri sendiri ya lah  nak marah siapa lagi kan?.



Letih!. Tak tahu pula,memanah ni meletihkan. Nampak macam senang je rupanya tak. Aku berdiri lama tercacak di tengah padang sambil memegang anak panah yang baru kukutip lantaran tersasar dari sasaran. Mendongak ke langit,jelas matahari berwarna oren menghias di dada langit. 
Cantik!SubahanaAllah!.
Aku menarik nafas panjang. Syukur masih ada waktu.

Aku duduk melepaskan penat yang tidak seberapa. Pertama kali memanah, lain sikit rasanya. Hormon teruja terlebih direbeskan barangkali. Aku diam memerhati kawan-kawan yang lain yang mencuba, terkial-kial sama macam aku juga, silap pegang busar pun aku juga yang tersasar banyak kali pun aku juga la tu.

Aku cuba kaitkan kehidupan dengan memanah, mungkin boleh jadi teori yang boleh dikritik mahupun di uji. Pilihan ada jelas di hadapan mata, sasaran telah di buat, namun tersasar pula terentang di depan mata. Usaha sudah usaha, belajar sudah belajar mungkin keyakinan yang terkurang. Kegagalan dalam hidup yang perna aku lalui dan sedang lalui seakan menggigit tangkai hati. Ya, aku telah perelokan perancangan ku, telah ku lakar sebesar-besar kertas A4 hala tuju. Saat kenyatan pahit harus ketempuhi entah kemana aku campakan kertas putih yang terlakar coretan biru. Aku sama sekali tidak menyalahkan takdir namun melaluinya terasa sukar. 

Ya benar, seseorang perna menceritakan di dalam satu lebaran kisah.
"Engkau merancang maka itu perjalanan usaha, Jika tidak sama seperti perancangan maka itu perjalanan takdir"
Mahu tidak mahu silalah melangkah kehadapan. Dalam melangkah itu juga engkau perlu memilih redha atau pasrah. Perjalanan sia-sia itu merugikan.
"Pernah kau memujuk diri agar hentikan keluhan" Seakan hati direntap kasar. Suara hatiku gagal untuk meningkah. Suara tertahan-tahan tanpa terlontar. Akhirnya aku hanya tertunduk lemah. 
Kadang aku tergelakkan diri sendiri. Bijak jika keluarkan hujah, melotarkan nasihat buat rakan seiringan, namun bila berbicara soal sendiri, bibir terkunci. Hanya suara hati bersimpang siur tidak terkawal akhirnya bicara bisu menjadi peneman mencalar larut malam waktu rehat yang panjang.

 Teringat pada seorang sahabat lama, entah dimana keberadaanya saat ini. Dulu aku sering menjadi tempat aduanya. Menemani disisi katil hospital saat dia diserang penyakitnya. Tangganya aku genggam erat. Mungkin mengalirkan sedikit kekuatan dan mungkin tidak banyak. Aku mungkin banyak cakap tapi bukan seorang yang boleh bijak melawak saat-saat sukar sebegitu. Sukar aku melihat saat dia mengelupur tanpa suara saat ubat-ubatan di masukan dipergelangan tanggannya. Matanya merah mungkin menahan tangis mungkin. Aku saja bercerita banyak kisah dan dia melayan dengan baik, terkadang tergelak yang aku sendiri kurang pasti atas alasan apa, aku cerita penuh dengan emosi tapi dia boleh tersenyum meleret. Musykil. Saat cerita aku tamatkan lantas tanganku dia genggam dengan lebih erat.
" Aku masih kuat, jangan pandang aku dengan pandangan simpati, aku tau cerita-cerita kau tadi kau reka jekan?."
Aku terkedu, mencari sinar keyakinan di matanya.
Kurang pasti dari mana dia mencari kekuatan jiwanya, dulu dia pengadu setia bagiku, kecil atau besar dukanya aku bagaikan tempat pengaduan, air mata saja peneman ceritanya, namun saat dia terlantar dia pula menitipkan kekuatan. 

"Waktu sukar itu tarbiah" aku memujuk hati. Aku tersenyum sukar. 'Tarbiah' lagak macam ustazah je ayat memujuk hati sendiri. Bukan aku perkecil. Cuma makamnya terlalu tinggi untu dikalung pada leher sendiri.

"Hidup kita bermatlamat yang sama, jalannya saja berbeza. Takkan duka saja sepanjang laluan kehidupanku. Nikmat syukur dan berkat itu terlalu mahal, follow the flow. Rancang kehidupan dengan cara yang terbaik, selebihnya tawakal." Entah dari mana lagi kata-kata itu aku kutip. Yang jelas. Monolog dalaman adalah peneman saat sukarku.

"Nak main lagi tak?" Bahuku di tepuk perlahan, berterbangan dialog dan monolog dalamanku.Bersepai-sepai ke udara. Aku menganggukan kepala perlahan dan lantas berdiri.

Masih ada sisa waktu usah dipersia
Masih ada jalan usah berhenti melangkah
Jika duka itu ada maka tawa jua pasti bersuara
Selagi bayu tidak berhenti berpuput
Selagi itu perkhabaran indah masih berbunyi

Tangan mencapai busar, tangan kanan memperkemas letaknya anak panah. Tangan kiri diangkat lurus ke hadapan, jari telunjuk,jari hantu dan jari manis tangan kanan menari tali busar rapat kedagu.Mata disepetkan sasaran dikenal pasti.Anak panah dilepaskan pantas menuju arah sasaran Dimana ia terpacak nanti ia merupakan imbasan gerak usaha dan jua kebenaran takdir yang tertulis, andai kecundang ayuh bangkit. Bukankah kegagalan terapi kejayaan?. Jangan sampai tidak gerak baru tersentap saat itu keluh kesah dan rayuan terus terhenti.Bagaimana nanti, aku galau dalam membayangkannya.

_Hanya yang mengalami mampu mengerit_
Zahlangitbiru
10/04/13, 6:37


Wednesday, April 10, 2013

Luahan Insan Terpinggir

Badan aku terhuyung hayang, sesekali bahu kanan terhentak di sisi pintu. Jalan yang dipenuhi lubang-lubang menyebabkan pemanduanku kelihatan seperti orang mabuk jika dilihat dari pandangan belakang. Laluan berjarak 1km terasa panjang terasa terlalu lambat melebihi pejalan kaki. Kurang pasti siapa wakil rakyat yang bertanggujawab dalam kebajikan masyarakat di kawasan ini. Aku menarik nafas lega, mungkin juga nafas berat, kampung ini tidak jauh dari pejabat daerah namun entah kenapa kurang di ambil perhatian. Cuma isu berbangkit dari pilihan raya yang lepas-lepas tidak pernah berkesudahan. Isu pembesaran lapangan terbang dan kampung ini akan diratankan dan penduduk diarahkan berpindah tanpa pampasan. Penduduk bangun menentang, dan isu ini tengelam. Pertama kali perkara ini berbangkit ketika itu aku berumur 9 tahun, ekoran surat pekeliling sampai ketangan ayah maka keputusan drastik dilakukan kami berpindah. Berpindah kerumah baru yang hanya siap dinding,atap dan separuh lantai, tingkap hanya ditampal dengan plywood yang tiap pagi perlu di buka dan malam hari di ketuk dengan paku kecil. Lantai yang baru siap separuh juga ditutup dengan plywood saja. Cuma kerja tambahan selepas balik sekolah membantu ayah menyiapkan lantai rumah yang masih separuh belum dipasang. Hanya separuh lantai ruang tamu dan keseluruhan lantai dapur saja yang siap sama mula-mula kami berpindah. Rumah lama mak ambil keputusan untuk disewakan sementara keputusan pampasan diberikan kepada penduduk. Namun sehingga hari ini aku berumur 24 tahun isu ini masih belum selesai. Dan buat pertama kalinya aku menemani mak menghadiri 'meeting' bersama penduduk kampung. Aku hanya mendiamkan diri kerana rata-rata yang menghadiri hanya golongan tua. Cuma sesekali aku bersuara memberikan bantuan kepada pak cik atau mak cik untuk menulis nama di buku kehadiran. Rata-rata ramai yang buta huruf, hanya segelintir saja mampu membaca dan menulis dikalangan yang hadir. Dalam hati berbisik 'patutlah mereka di tindas'.

Mereka hanya golongan tua yang masa mudanya membanting tulang demi sesuap nasi, demi anak-anak melanjutkan pelajaran dan demi kehidupuan yang tidak merempat. Sekadar tidak tahu membaca dan menulis bukan isu besar dikalangan mereka. Mereka kebanyakannya lahir sebelum merdeka. Menjalani kehidupan disaat negara baru merangkak membangunkan negara. Terlalu ramai hak rakyat tidak terbela. Kerana itu mereka bangkit dengan usaha sendiri tanpa pertolongan dan subsidi negara. Kebanyakan rakyat miskin ini tidak menerima sebarang bantuan. Buta huruf seperti mereka tahu apa pasal bantuan. Singgah ke jabatan kerajaan juga mengusarkan mereka. Hendak tulis nama sendiri pun tidak tahu apa lagi perlu mengisi borang yang panjang berjela. Dengan pelbagai syarat dan juga dan dokumen-dokumen yang perlu di bawa tentu memakan banyak masa. Lebih baik waktu yang ada mereka berkerja. Mencari sumber kewangan sendiri agar dapur mereka berasap. Ya agak janggal di abad 21 ini mendengar isu kemiskinan negara. Kita negara merdeka, mempunyai sumber pendapatan yang banyak, kutipan cukai yang tinggi namun rakyat masih ada yang cukup-cukup makan. Isu merobohkan rumah mengetarkan jiwa mereka, selagi tiada kata putus selagi itu lena mereka terusik. Bertahun kisah ini terkubur kini bangkit lagi. Rumah wakil penduduk kampung terasa bahangnya. Aku cuba mencerna sebanyak mana yang aku mampu. 

Pada mulanya aku enggan untuk datang, pasti bosan, namun ia mencelikan aku. Terasa pahit dianak tekak. Aku bekas pelajar yang menerima bantuan biasiswa Kerajaan negeri, Mungkin setiap sen yang aku belanjakan adalah hasil jerit payah penduduk kampung ini. Aku cuba memahami penderitaan mereka, jauh mengetuk-ngetuk pangkal hati. Ekonomi pembangunan yang menjadi fokus pembelajaranku di universiti menari-nari di tubir mata. Masih jelas suara pensyarahku En, Fuad. "Pembangunan itu bukan bangunan". Saat ini aku mengakui 100% kenyataannya. Jawapan jelas dihadapan mata. Aku bandingkan 'meeting yang sering aku hadiri semasa tempoh pembelajaranku, lebih kemas dan tersusun. Satu-satu diberi peluang untuk bersuara. Di sini aku hanya mendengar suara yang saling bertingkah, Macam ada dua kelompok yang bersuara. Golongan wanita tidak kurang hebatnya berkata-kata. Ruang yang sempit terasa semakin sesak dengan kepulan asap yang menyesakan pernafasan. Kepalaku berdenyut seiring udara yang disedut tidak menyenangkan dengan isu yang membentak pemikiran, mereka bersuara berapi-api tapi tiada wakil rakyat yang duduk bersama. Ia umpama cerita kedai kopi yang akan tamat selepas bersurai nanti. Hanya berharap kepada wakil penduduk yang bertemu wakil rakyar. Isu ini makin hangat seiring pihan raya yang bakal tiba.

Aku sama sekali bukan membentak kerajaan, cuma aku menyuarakan suara insan terpinggir.
Masih teringat lagi biacar wakil penduduk kampung
"Dulu sebelum rakyat bagi kepercayaan sanggup bersusah senang bersama.saya la orang yang ada bersama dia saat itu, meyakinkan penduduk dipersekitaran, Kini bila dah dapat apa yang dia mahu, pagar rumah dibina tinggi-tinggi, tembok tebal keliling rumah...."
Entah apa lagi bicara wakil rakyat saat itu, yang aku pasti kepala terus berdenyut, berapa kali memberi isyarat kepada mak supaya boleh balik awal.Aku lihat wajah-wajah tua yang berada di sekitar, datang dengan berpayung dan selipar jepun, bersarung dan berbaju T-shirt lusu, di tengah rumah seorang tua mengulung rokok daun. Dia bukan datang untuk pertahankan haknya demi dirinya yang dimamah usia namun untuk anak-anak dan generasi seterusnya. Dia tidak punya harta banyak, cuma da rumah kayu mungkin lebih banyak lubang, atap bocor. Dia hanya ingin penempatan. Sekali lagi bukan untuk mereka orang tua yang lanjut usia tapi demi generasi muda. Mereka orang tua yang memikirkan apa yang bakal berlaku pada cucu cicit keterunan mereka.

Mentari sinar pasti





Dalam rancangan itu perancangan
Dilalui belum tentu dapat dipastikan
Dalam sedia ada persediaan
Diatas semua ketidak tentuan

Dalam bicara ada kata
Kata bicara belum tentu ada suara
Ditulis atau dilukis 
Ia bercerita dalam bicara tersendiri

Jika yang manis bisa ditukar menjadi pahit
Tentu saja
Yang keruh bisa menjadi jernih
Kerana kebatilan tidak seteru dengan kebenaran

Ketawa itu irama
Melodinya dilantun acuan hati
Ia umpama terapi diri
Atau saja bentakan emosi

Esok nanti kisah baru
Sipi-sipi tempias hari ini
Kerna kelmarin, hari ini dan esok
Sejajar dan saling berkait


zahlangitbiru
14/3/13, 2:47pm