Followers

Sunday, February 20, 2011

sEtiAp keSuLiTan aDa KemUdaHan...


 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, keluarga dan para sahabatnya.

Dalam selang masa silih berganti, kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang menggembirakan, menyeronokkan malah kesedihan bahkan mengecewakan. Setiap hari juga, kita dihidangkan dengan suasana persekitaran yang tenang dan selamat (lebih tepat suasana ini bagi kita semua di Malaysia ) atau dalam erti kata lain berada dalam comfort zone/zon selesa.

Ambillah hikmah dalam setiap kejadian. Orang yang cerdik akan berusaha untuk mengubah daripada kerugian menjadi untung. Kita mengetahui bahawa setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam pasti akan tidurr nyenyak, dan setelah sakit pasti akan sembuh. Setiap yang hilang pasti akan dijumpai, dan kita yakini bahawa dalam kesesatan pasti akan datang petunjuk. Begitu juga apabila kita menghadapi sesuatu kesusahan pasti ada kemudahan.

Firman Allah s.w.t:

‘’ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan’’.

( Al- Insyirah : ayat 5 & 6 )

Sirah Rasullah telah mengajar kita, bahawa ketika bersembunyian dari dikejar oleh kaum kafir dalam gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan kepada Abu Bakar R.A bahawa ALLAH yang maha pengasih dan penyayang ada bersama-sama dengan mereka. Sehinggakan rasa aman, tenteram dan tenang datang menyelimuti Abu Bakar R.A. Begitulah juga dengan kehidupan seharian kita, sebaiknya kita sentiasa perlu melihat dari sudut lain dari kesedihan itu. Sebab belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan dan jalan keluar dalam setiap musibah yang menimpa. Ketika seseorang memberi segelas air limau, kita perlu menambah sesendok gula kedalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang sempena hari jadi kita, maka kita ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain.

Sejauh mana kita yakin dengan firman Allah s.w.t:

‘’… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik bagimu…’’

( Al-Baqarah : ayat 216 )

Sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Tempuhilah kehidupan seharian kita dengan penuh sabar dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang kita hadapi.

Wallahu'alam

Monday, February 14, 2011

ALLAH beRiKn aPa yAnG aKu MaHuKan...

"Mak tak setuju kalau kau nak sambung belajar kat semenajung tu, dekat sini pun ada juga U" aku dah menarik muka masam,muncung mulut seakan dah boleh dijadikan penyangkut baju.Hati ku membentak,' malasnya juga aku kalau macam ni' hatiku membebel walaupun pada zahirnya aku sekadar berdiam diri dan tertunduk. Bapa hanya memandang tajam dari jauh. Mungkin setuju dengan larangan mak. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam, sudah lama aku menanam tekat untuk merantau mencari ilmu, cuma dulu takdir hanya melayakan aku untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tapi aku bersyukur aku mendapat keputusan yang agak baik, satu keputusan yang tak terjangka akan mendapatnya..bukan aku riyak tapi sangat-sangat bersyukur Allah memberiakan aku apa yang aku mahukan...

"akan aku daptkan apa yang aku mahu" itu tekatku...sesuatu rahsia yang masih kemas ku simpan...sesuatu yang  tersembunyi dalam nama langitbiru...sesuatu yang terlalu sukar utuk ku terangkan bila mana ada sahabat2 yang bertanya akannnya...

Sangat-sangat aku bersyukur bila mana hajatku terlaksana, dan apa yang kucari sedikit demi sedikit ku perolehi...tapi cabarannya amat memeritkan ..kadang aku lemah untk pertahankkan...teringat aku seketika dalam firman Allah" adakah setelah kamu mengaku kamu telah beriman dan kamu tidak akan diuji"... cabaran yang kadang kala buat aku goyah, seringkali hati aku merinti..aku gusar, adakah itu tanda perjuangan aku semangkin menipis,tekatku seakan aku sisihkan..sungguh persekitaran yang membuatkan aku semangkin merebah, langkahku sudah tak seyakin dulu...

Ya Allah pada MU aku mengadu nasib dan berharap ya Allah.Jangan la kau biarkan aku menentukan nasibku sendiri biarpun sebesar zarah cuma. Ya Rabbi tabahkan la hatiku Ya Allah padamu aku mohon pertolongan dan pada mu aku mohon pengampunan...Biarlah hidup dan mati ku dalam islam, biarlah hidup dan matiku dalam iman, biarlah hidup dan mati ku mendapat redah dari MU Ya Rahim...amin...amin Ya Rabb...

Sunday, February 13, 2011

cEbiSaN kEhiDupaN

‘’Ayah cuba lihat laut tu, cantik kan’’ kata seorang anak kepada ayahnya.

''Ayah bestkan jadi ikan, ikan tiada masalah, tiada perkara yang perlu difikirkan, boleh berenang kemana-mana sahaja yang mereka inginkan'' sambung si anak lagi.

‘’Ya, cantik. Laut memang cantik dan tenang tapi dalamnya, MasyaAllah, Allah saja yang mengetahui’’. Kata seorang ayah kepada anaknya.

Aku tersentak mendengar perbualan antara ayah dan anak, teringat mesaj seorang sahabiah ‘’Alihkan mata kita ke laut,airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya’’. Begitulah juga dengan kehidupan kita riang ketawa tetapi hanya Allah yang tahu tentang rahsia kehidupan kita. Jika kita rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya akan tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.

Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.

Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan.

Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa. Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan. Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,
“Terima kasih ya Allah kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”

Wallahua'alam..

Wednesday, February 9, 2011

LaNgKah peRtaMa...

Bismilahirahmaniarahim....
kata-kata keramat yang seakan biasa di bibir umat Islam..tapi mempunyai kuasa utuk memulakan segalanya... Ingat lagi ,permulaan langkah pertama menempuh alam persekolahan...teruja tersangat-sangat teruja, tak sabar menunggu siang hari untuk menyarung pakian sekolah..berwarna putih dan berkainkan warna biru tua.. sekali lagi gementar itu bertandang bila mana memasuki alam persekolahan sekolah menegah..baju masih berwarna putih tetapi warna kain yang berubah berwarna biru muda.. Terasa diri mula menempuh alam remaja..alam remaja yang penuh mencabar...seringkali buat ku tersungkur pada derita yang bertandang..kesilapan memilih laluan yang terlalu indah..aku umpama tumbuhan hijau yang terlalu ingin tumbuh dengan cepat, terlalu degil untuk mentafsir alam... melelahkan..mungkin larianku terlalu laju..bila ku tertoleh kebelakang terlalu banyak kepincangan yang ku lakukan.. Rupanya hidup manusia ini terlalu banyak fasa..dan persaan langkah pertama itu akan aku hadapinya lagi... dan lagi...sehingga kematian itu mendatang... aku tahu Ya Allah...mati itu pasti..Hidup insyaAllah...
Ya Allah bantulah hambamu ini menerukn perjaungan sehingga ke nokta terakhir..jadikn perjalanan hidupku perjalanan yang terbaik...amin ya rabb...