Followers

Sunday, November 3, 2013

Singkap Kenangan Lama...

Rupanya usia terlalu cepat meningkat seiring cepatnya berganjanknya waktu. Semalam... Seronok hadir je majlis Perkahwinan kawan lama. Kawan satu kelas masa SPM dulu. Kisah lama tersingkap. Hanya tawa dan senyum menyambut kisah. Biarkan saja ia berlalu. Rasanya terlalu cukup dewasa untuk melatah pada kisah yang sudah 'case  close'. Kan...kan... :) 

Dia sudah memulakan hidup baru, Alhamdulilllah kerana aku telah lama berganjak seiring waktu. Keputusan yang telah lama diputuskan rupanya baru kini nampak hasilnya. Cukup lama baru hikmah terbuka.Direntang didepan mata. Hati tertanya andai dulu aku terima dan akhirnya bukan berpihak padaku pasti aku bukan berada disini. Mesti aku kelat hati pijar jiwa melihat 'mereka' dengan bertemakan warna kesukaanku. Tentu juga aku tak mampu menyambut lawak teman-teman lama yang raja mengusik malam semalam. 

"Zah segak la c.... kau tak rasa ke zah" Aku sengeh panjang. Senyum tanpa sandiwara.

"Salam lama sikit dengan yang pakai spake tu" Gurauan atas pelamin yang bagiku agak kurang wajar.
" Aku nak si zah berdiri disebelah aku" Katanya lagi.

"Aku kena berdiri dimana ni" Usikku mencari riak wajah mereka. Nak sangat kan timbulkan isu scandal ni. (Bila fikir balik rasa macam teruk pula- dah buat baru fikir)

Dia yang melatah diatas singahsana menjetik tawa ramai. Jelas riak terkejut apabila matanya mengkap susuk diri yang betul-betul berada dibahagian tengah kerusi berhadapan dengannya. Aku tundukkan sedikit kepala tanda salam. Datang tanda meraih saat syaitan bermuram hiba.

"Tahniah dan semoga bahagia" Ujarku dibibir dan bicaraku dihati  "Limpahkan sejahtera keatas pasangan ini dalam menempuh penyempuranaan iman dan takwa dalam mencari keredaan-MU. Amin"

“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…”
 – Ustaz A.Ubadillah Alias

Mujahid Muda's photo.

 ...
" Zah...aku...aku... nak minta pendapat kau" Jarinya diketuk-ketuk pada palang besi diluar koridor kelas. Mungkin menghilang gusar barangkali.

" Apa dia?" Pandanganku masih aku tala kehadapan. Langsung tidak menoleh memandang dia yang berada disebelahku. Namun dari nada suaranya sudah jelas kegalauan yang dirasainya.

"Aku tak tahu la, semalam aku gaduh dengan ayah aku. Dia larang aku keluar. Dia sampai rantai kaki aku ni. Aku keluar juga aku lilit besi tu dekat betis, Aku pakai seluar besar ala hip hop tu. Aku nak bebas zah, aku nak juga macam kawan-kawan kita yang lain."

Pandaganku masih lagi sama,lurus kehadapan. Memandang arah kelas yang bertentangan dengan kelas kami. Pelajar tingkatan dua yang tekun dalam sesi pembelajaran dan pembelajaran. Ya dari kecil anak-anak disogok dengan perkataan' Belajar rajin-rajin, masuk U, dapat kerja yang bagus-bagus'. Arh kitaran hidup anak-anak biasa bila mana tidak mengikut kitaran maka dikatakan hidup tiada masa depan. Mana nilai ilmu hanya pada kertas dengan butir-butir huruf  A + A + A saja yang diharap.

Teringat satu idologi bila mana, binatang hutan dikupul. Terdiri daripada gajah, ular, Ikan, Kucing, Monyet dan burung. Arahannya mudah ' siapa yang dapat memanjat pokok dikira berjaya'. Musykil bukan?. Bila mana konsep sama rata membelakangi kongsep keadilan.

Aku tarik nafas panjang.

" Ayah kau kerja apa?" Soalku.

"Kerja sendiri" Jawabnya pendek.

"Owh.. pernah kau tolong dia?" Soalku namun tiada jawapan yang aku terima.

" Kau anak sulung kan?..." Aku meneruskan kata tanpa perlukan jawapan dari dia.

"Ayah kau salah, berharap sesuatu dari kau. Anak-anak patut dibelai dituruti semua kemahuan. Dia silap sedab larang kau keluar buang masa. Patut dia biarkan saja. Kerja sekolah datang kelas baru siapkan. Tiru ala perkara biasa budak sekolah kan?. Aku pun buat macam tu juga. Kawan-kawan kita pun macam tu. Tak dah hal lah." Aku berjedah seketika, dia yang ku kerling sekilas mula berubah riak.

" Harapan orang tua, apalah sangat. Diorang hanya tahu kerja dan kerja tanpa ada masa buat mendengar rintihan anak-anak betulkan?" Nada ku masih sama mendatar. 

Bunyi tangisan  menyapa gegendang telinga.
"Terima Kasih zah" Suaranya tengelam timbul antara dengar dengan tidak.

" Ayah kau tak nak apa-apa dari kau, sesen pun tidak. Cuma dia harap kau berjaya itu sudah cukup membalas jerih perit dia selama ini." 

...
Singkap kenangan lama... Andai bijak mampu cuit bahagia...jika tersilap bisa jentik hati yang pernah terluka. 

No comments:

Post a Comment