Followers

Friday, January 6, 2012

BaHagia ItU piLiHan





      Fahamilah...bahagia itu tidak mampu diukur oleh wang ringgit, tidak mampu dinilai dari senyuman yang diukir, tapi nikmat bahagia itu dapat dirasa melalui hati, bahagia itu suatu ketenangan. Ketenangan itu pula mampu dicari dengan mendekatkan diri pada-Nya. Kita sendiri mampu merasakan kegusaran dalam hati andai hati ini tidak memiliki ketenagan, sesuatu yang kita lakukan seakan tidak memberi kegembiraan kepada hati kita, seakan waktu yang dijalani sehari-hari seakan sia-sia. 

       Perhatikanlah bila kita menghadapi ujian sentiasa melanda dalam hidup kita, tapi percayalah ujian mampu membuatkan kita lebih kuat lebih tabah menghadapi hidup. Cuba selami diri kita, selepas sesuatu ujian yang datang bertandang adakah memberi kesan yang lebih baik. Jika ya, bersyukurlah kerana kita telah berjaya dalam ujian yang diberikan jika sebaliknya berwaspadalah perbaiki semula, berpatah kembalilah. Ramai yang menyatakan aku malu dan mustahil. Percayalah bahagia itu pilihan, dan bahagia itu diperolehi selepas kita berusaha bukan sekadar memasang niat. Oleh itu, carilah kembali jalan untuk memperbaiki diri, jangan pula berfikir kita dah jauh dari rahmat Allah dan beranggapan untuk apa lagi untuk kita bertaubat. Kerana sesungguhnya pintu rahmat Allah itu terbuka untuk hamba-Nya. Persolannya sekarang kita nak ataupun tidak.
 
     Bertebarlah mencari bahagiamu...usah di tipu diri kerana kuncinya dari hati, jalan mencari bahagia mendekatkan diri kepadanya..dengan bagaimana serahkan dirimu kepada Ilahi setelah kau lakukan sesutu perkara dengan bersungguh-sungguh. Andai tersalah langkah, kembali dan perbetulkanlah kerana dengan itu kita berusaha untuk bahagia.

No comments:

Post a Comment