Followers

Thursday, November 7, 2013

Kata mereka...nak berubah perlu hijrah...

_Hijrah Jiwa_




“Saya rindu akak sebagai Raidatul Raudah” Pergerakanku pegun. Senyumanku kaku dibibir. Kata-kata itu menghiris tepat kejantungku. Perlahan aku melepaskan nafas yang menghimpit didada. Pelukannya aku lepaskan perlahan. Senyuman aku paksa untuk bertahan.

“ Doakan akak ya” Ujarku perlahan tanpa banyak bicara. Aku atur gerak bersalam pula dengan adik-adik yang lain. Namun kata-kata itu berbekas dihati. 

‘Sesungguhnya iman yang berada dihati kamu menjadi lusuh seperti mana lusushnya pakaian. Oleh itu, mohonlah dari Allah Ta’ala supaya Dia membaharui iman di dalam hati kamu’

(Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Hakim)

“Saya bagi contoh, kalau ada dikalangan kamu ini menimbulkan masalah yang mencemar nama baik kita adakah kita perlu bawa dia bersama dalam perjuangan kita atau kita tinggalkan” Soalan abang senior seakan menempelak diri. Sahabat-sahabat yang lain melihat kekanan dan kekiri mencari kata-kata membidas hujah.

“Bagi saya kita patut tinggalkan bagi mereka yang lemah imannya yang boleh menyebabkan perjuangan kita terbantut. Seperti Sultan Al-Fateh dia hanya memilih tentera yang hebat agamanya menawan kota Konstantinopel.” Ujar seorang sahabat penuh bersemangat dan pandangannya dilirikan kearahku.

Aku yang duduk dibahagian tengah mula resah. Entah kenapa, ini bukan pertemuan yang pertama didedahkan dengan perbincangan agama seperti ini mulanya membuatkan aku gusar akan kelayakan diri. Aku jauh sekali dari keluarga dari ‘golongan agama’ yang masih pincang dan teraba-raba. Aku tidak salahkan hujah yang dinyatakan. Kerna kisah itu juga pernah aku baca. Kejayaan yang diperolehi kerana mempunyai sebaik-baik pemimpin,sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat yang berpegang teguh pada Allah yang mana tika itu pemimpinya menghatar para ilmuan untuk mendidik rakyatnya,

Aku pernah suarakan hajat mohon pertolongan namun yang aku dikecam tentang neraka dan syurga. Aku tahu benar tentang itu Cuma aku mohon tunjuk jalan dan pimpin. Corak hidup kita berbeza namun dalam jahil-jahil aku, aku tidak pernah diajar untuk mengunakan sesuatu untuk batu loncatan. Bila aku suarakan pertanyaan, kata mereka

“Kamu masih belum faham” Seiring itu mula ada langau yang membingit ditelinga meragut ketenagan telinga. Bersoksek-soksek menyatakan itu dan ini.

“Apa yang saya tak faham?”Soalku mohon kepastian namun aku diberikan hujah tanpa aku fahami. 

Aku musykil kerana tersisi lantaran kurang mengerti. Perna rasa perasaan umpama melukut ditepi gantang. Datang tidak menambah pergi tidak mengurang?. 

Lalu aku mula undur diri. Terukkan sikap cepat mengalah. Aku hanya pinta penjelasan dan pemahaman bantuan dan pertolongan. Mohon sedikit ruang untuk ajar aku yang buta ilmu. Tapi...hem...


Cuma aku tertanya-tanya lagi. Aku pernah terbaca sabda Baginda.

Bandingkan orang-orang mu’min dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggota mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasa sakit’
(Riwayat Muslim)

Lalu mana aplikasi ini? Ya mungkin aplikasi ini bagi mereka yang sudah lama berkecimpung yang penuh didadanya dengan ilmu dan untuk aku? Mungkin tidak ada. Lalu aku pilih untuk undur diri mungkin aku tidak layak untuk duduk dikalangan mereka yang hebat-hebat.



Ketika aku sedih terpuruk sendiri aku diingatkan tentang satu doa.

“Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadat kepada-Mu”

Kesilapan masa lalu kini tidak mampu diubah. Namun masa depan lantaran kesilapan mampu dirubah dengan usaha pada sisa waktu yang masih berbaki. Peluang itu sentiasa ada, Cuma persoalannya mahu dengan tidak saja. 

Kisah hidup saya buka disulam dengan cerita bahagia dan bukan juga ujian yang tinggi melangit hingga mampu mengangkat martabat diri kerna diri kurangnya tarbiah. Hidup ini banyak dicalar dengan silapnya perhitungan. Yang bila dikenang seakan kebas muka menahan malu. Namun perjalanan masih perlu ditempuh.

Pada lewat usiaku terkadang malu datang bertandang. Usia yang telah besar angkanya masih belajar pada tahap kanak-kanak sekolah rendah. Banyak yang tidak tahu. Bila diselak cara ilmu diraih dulu patut lah tidak lekat. Yang dicari hanya kulit pada jumlah bintang pada hujung buku dan juga segulung kertas dengan susunan huruf menilai prestasi.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’



 (Surah Ali'Imran 3:31)

 
....

Aku keliru dalam banyak hal

Buntu dalam banyak perkara

Kemudian aku bertanya

Pada mereka yang katanya yang tinggi ‘agama’



Kata mereka mahu berubah… Perlu Hijrah

Maka aku turuti

Alkisahnya tidak kemana

Kerna hijrahku kosong tanpa ‘istiqomah’



Kata mereka lagi hidup perlu Ibadah!!

Lalu aku laksana

Namun aku curiga

Hati aku resah dipalu gelisah

Rupanya ibadahku  gersang  tanpa ‘jiwa’



Aku teraba-raba lantaran kata manusia

Kata mereka

Aku derhaka…layak ke neraka!!

Kata mereka lagi aku pencemar agama




Lalu aku terperuk berhati rawan

Menangis hiba tidak kemana

Rupanya aku lupa tentang satu hal

Tetapkan niat dan segerakan taubat



Hidup usah umpama lagu bangau oh bangau

Semua bersalah hingga lupa jari hala kemuka

Hidup pula jangan jadi seperti talam yang bermuka-muka

Apatah lagi menjadi langau  menambah sisa di sampah



Pesanan Allah dari awal mula

Telah diwahyukan kepada manusia untuk manusia

Berpegang teguhlah kepada tali Allah

Mohon dilindungi daripada bisikan syaitan

Yang membisikan kejahatan pada dada manusia

Daripada golongan jin dan manusia

 _Hijrah Jiwa_

....

Cuma dari mana perubahan ini perlu dimulai...

‘Tetapkan niat dan segerakanlah bertaubat…Ayuh hijrah dengan istiqomah dengan ibadat yang getarnya dijiwa…tujuannya hanya satu memburu redah dan rahmat Ilahi…


"Hidup ini tidak lama..ayuh lestarikan hidup yang lebih bermakna. Lepaskan bebas kisah semalam yang menjeruk rasa dan merantai langkah. Ada yang perlu diubah. Ada yang perlu ditinggalkan. Jika tiba masanya janji Allah pasti datang. Untuk bersama-sama orang yang hebat maka diri perlu hebat. Dari dalaman dan juga luaran. Jangan mudah jiwa dipangkas dengan bisikan-bisikan jiwa yang rapuh, yang terlalu mudah mengaku kalah"


BitaraBiru::...

Sunday, November 3, 2013

Singkap Kenangan Lama...

Rupanya usia terlalu cepat meningkat seiring cepatnya berganjanknya waktu. Semalam... Seronok hadir je majlis Perkahwinan kawan lama. Kawan satu kelas masa SPM dulu. Kisah lama tersingkap. Hanya tawa dan senyum menyambut kisah. Biarkan saja ia berlalu. Rasanya terlalu cukup dewasa untuk melatah pada kisah yang sudah 'case  close'. Kan...kan... :) 

Dia sudah memulakan hidup baru, Alhamdulilllah kerana aku telah lama berganjak seiring waktu. Keputusan yang telah lama diputuskan rupanya baru kini nampak hasilnya. Cukup lama baru hikmah terbuka.Direntang didepan mata. Hati tertanya andai dulu aku terima dan akhirnya bukan berpihak padaku pasti aku bukan berada disini. Mesti aku kelat hati pijar jiwa melihat 'mereka' dengan bertemakan warna kesukaanku. Tentu juga aku tak mampu menyambut lawak teman-teman lama yang raja mengusik malam semalam. 

"Zah segak la c.... kau tak rasa ke zah" Aku sengeh panjang. Senyum tanpa sandiwara.

"Salam lama sikit dengan yang pakai spake tu" Gurauan atas pelamin yang bagiku agak kurang wajar.
" Aku nak si zah berdiri disebelah aku" Katanya lagi.

"Aku kena berdiri dimana ni" Usikku mencari riak wajah mereka. Nak sangat kan timbulkan isu scandal ni. (Bila fikir balik rasa macam teruk pula- dah buat baru fikir)

Dia yang melatah diatas singahsana menjetik tawa ramai. Jelas riak terkejut apabila matanya mengkap susuk diri yang betul-betul berada dibahagian tengah kerusi berhadapan dengannya. Aku tundukkan sedikit kepala tanda salam. Datang tanda meraih saat syaitan bermuram hiba.

"Tahniah dan semoga bahagia" Ujarku dibibir dan bicaraku dihati  "Limpahkan sejahtera keatas pasangan ini dalam menempuh penyempuranaan iman dan takwa dalam mencari keredaan-MU. Amin"

“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…”
 – Ustaz A.Ubadillah Alias

Mujahid Muda's photo.

 ...
" Zah...aku...aku... nak minta pendapat kau" Jarinya diketuk-ketuk pada palang besi diluar koridor kelas. Mungkin menghilang gusar barangkali.

" Apa dia?" Pandanganku masih aku tala kehadapan. Langsung tidak menoleh memandang dia yang berada disebelahku. Namun dari nada suaranya sudah jelas kegalauan yang dirasainya.

"Aku tak tahu la, semalam aku gaduh dengan ayah aku. Dia larang aku keluar. Dia sampai rantai kaki aku ni. Aku keluar juga aku lilit besi tu dekat betis, Aku pakai seluar besar ala hip hop tu. Aku nak bebas zah, aku nak juga macam kawan-kawan kita yang lain."

Pandaganku masih lagi sama,lurus kehadapan. Memandang arah kelas yang bertentangan dengan kelas kami. Pelajar tingkatan dua yang tekun dalam sesi pembelajaran dan pembelajaran. Ya dari kecil anak-anak disogok dengan perkataan' Belajar rajin-rajin, masuk U, dapat kerja yang bagus-bagus'. Arh kitaran hidup anak-anak biasa bila mana tidak mengikut kitaran maka dikatakan hidup tiada masa depan. Mana nilai ilmu hanya pada kertas dengan butir-butir huruf  A + A + A saja yang diharap.

Teringat satu idologi bila mana, binatang hutan dikupul. Terdiri daripada gajah, ular, Ikan, Kucing, Monyet dan burung. Arahannya mudah ' siapa yang dapat memanjat pokok dikira berjaya'. Musykil bukan?. Bila mana konsep sama rata membelakangi kongsep keadilan.

Aku tarik nafas panjang.

" Ayah kau kerja apa?" Soalku.

"Kerja sendiri" Jawabnya pendek.

"Owh.. pernah kau tolong dia?" Soalku namun tiada jawapan yang aku terima.

" Kau anak sulung kan?..." Aku meneruskan kata tanpa perlukan jawapan dari dia.

"Ayah kau salah, berharap sesuatu dari kau. Anak-anak patut dibelai dituruti semua kemahuan. Dia silap sedab larang kau keluar buang masa. Patut dia biarkan saja. Kerja sekolah datang kelas baru siapkan. Tiru ala perkara biasa budak sekolah kan?. Aku pun buat macam tu juga. Kawan-kawan kita pun macam tu. Tak dah hal lah." Aku berjedah seketika, dia yang ku kerling sekilas mula berubah riak.

" Harapan orang tua, apalah sangat. Diorang hanya tahu kerja dan kerja tanpa ada masa buat mendengar rintihan anak-anak betulkan?" Nada ku masih sama mendatar. 

Bunyi tangisan  menyapa gegendang telinga.
"Terima Kasih zah" Suaranya tengelam timbul antara dengar dengan tidak.

" Ayah kau tak nak apa-apa dari kau, sesen pun tidak. Cuma dia harap kau berjaya itu sudah cukup membalas jerih perit dia selama ini." 

...
Singkap kenangan lama... Andai bijak mampu cuit bahagia...jika tersilap bisa jentik hati yang pernah terluka.