Followers

Monday, February 14, 2011

ALLAH beRiKn aPa yAnG aKu MaHuKan...

"Mak tak setuju kalau kau nak sambung belajar kat semenajung tu, dekat sini pun ada juga U" aku dah menarik muka masam,muncung mulut seakan dah boleh dijadikan penyangkut baju.Hati ku membentak,' malasnya juga aku kalau macam ni' hatiku membebel walaupun pada zahirnya aku sekadar berdiam diri dan tertunduk. Bapa hanya memandang tajam dari jauh. Mungkin setuju dengan larangan mak. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam, sudah lama aku menanam tekat untuk merantau mencari ilmu, cuma dulu takdir hanya melayakan aku untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tapi aku bersyukur aku mendapat keputusan yang agak baik, satu keputusan yang tak terjangka akan mendapatnya..bukan aku riyak tapi sangat-sangat bersyukur Allah memberiakan aku apa yang aku mahukan...

"akan aku daptkan apa yang aku mahu" itu tekatku...sesuatu rahsia yang masih kemas ku simpan...sesuatu yang  tersembunyi dalam nama langitbiru...sesuatu yang terlalu sukar utuk ku terangkan bila mana ada sahabat2 yang bertanya akannnya...

Sangat-sangat aku bersyukur bila mana hajatku terlaksana, dan apa yang kucari sedikit demi sedikit ku perolehi...tapi cabarannya amat memeritkan ..kadang aku lemah untk pertahankkan...teringat aku seketika dalam firman Allah" adakah setelah kamu mengaku kamu telah beriman dan kamu tidak akan diuji"... cabaran yang kadang kala buat aku goyah, seringkali hati aku merinti..aku gusar, adakah itu tanda perjuangan aku semangkin menipis,tekatku seakan aku sisihkan..sungguh persekitaran yang membuatkan aku semangkin merebah, langkahku sudah tak seyakin dulu...

Ya Allah pada MU aku mengadu nasib dan berharap ya Allah.Jangan la kau biarkan aku menentukan nasibku sendiri biarpun sebesar zarah cuma. Ya Rabbi tabahkan la hatiku Ya Allah padamu aku mohon pertolongan dan pada mu aku mohon pengampunan...Biarlah hidup dan mati ku dalam islam, biarlah hidup dan matiku dalam iman, biarlah hidup dan mati ku mendapat redah dari MU Ya Rahim...amin...amin Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment