Followers

Saturday, March 17, 2012

~```ku harap keterasingan itu pergi jauh2 dan jangan pernah datang lagi!!!```~


Dalam aku bertebaran di bumi bertuah ini
belum pernah perasaan itu mengigit jiwa
terasa bagai gunting dalam lipatan
yang membara memakan diri

Di bumi kelahiranku
negeri di bawah bayu
biar kata mereka engkau negeri yang banyak pincangnya
tapi aku berbangga lahirku di situ
persekitaranku membuatkan aku memandang dari sudut berbeza
dimana tidak pernah di ajar
umpama baling batu sorok tangan
bersuaralah andai engkau rasakan engkau benar
dan andai mula wujud garis-garis perpecahan lantaran perbezaan
maka berdiamlah kerana perbalahan bukan titik muafakat

dan di antara kami bersahabat
masing-masing ada kelebihan
belum perna aku terasa terhiris
tapi di sini aku terasa
kerana mereka tidak perna mendabik dada walaupun dalam senyap

aduhai
kembara yang tidak sejauh mana
di sini mereka bijak bersandiwara
umpama menarik rambut dalam tepung
rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak
bila engkau bersuara meluah rasa
tampaknya
mereka menunding jari kepadamu
alahai
bertapa bijaknya engkau berlakon drama
yang engkau juga pengaranya
mana mungkin akan terwujud cela

ku harapkan ini coretanku yang terakhirnya berkisar rasa hati akibat di perdajalkan mu
memang jauh perjalanan luas pemandangan
di situ engkau boleh belajar rentak manusia
berpandagan sinis penuh curiga
memanfaatkanmu utk bermain sketsa
dan bila ada kesilapan
maka engakau yang terpalit
dan dia tetap tersenyum simpul
sopan tanpa bersalah
dan kau terus di labelkan terlalu banyak berkata-kata,berhujah dan membela
dan sekali lagi engkau gagal dalam undang-undang dunia
pernakah undang-undang manusia melakukan membela atas perasaan manusia
terkilannya dalam diam
dikhianati atas sebuah kejujuran
yang selama ini di simpan padu

:::>...salam sejahtera untukmu semoga engkau tidak perna terjebak dalam perasaan ini..kerana ia umpama menelan hempedu walaupun pada pandangan mata kasar engkau sedang menikmati madu..<:::

_aku rindu sayang kamu...luahan rasa...sampai bila tidak akan ada penamatnya

No comments:

Post a Comment